Tuesday, June 16, 2009

kawan

teringat blog amar(mungkin post tersebut sudah didelete,sy sendiri tidak pasti).kawan boleh jadi baik depan kita tapi ditikamnya dari belakang.mungkin melayani kita ketika tiada kawan dan tinggalkan kita ketika ada kawan lain.orang yang membuat perkara tersebut mungkin tidak sedar atau dalam sedar sekalipun,hanya ingin mainkan rakan seorang lagi atau memang mahu cari populariti atau mungkin! kawan yang mereka gunakan itu tidaklah se-hot,sehebat,atau apa2 sahaja yang dikagumi oleh orang lain daripada rakan yang mereka kawan.faham?atau mungkin juga bisa terjadi,pabila rakan itu meminta pertolongan kita kononnya,tapi sebenarnya mempergunakan kita.kita mungkin sedar atau tidak tapi ada di antara kita yang sedar tetapi tidak mahu menegur perbuatan tersebut kerana takut kehilangan kawan yang seorang itu atau juga mungkin lebih bersikap 'tidak ambil port'.

dan juga tidak lupa,kawan yang melukai dan membuat kita menitiskan air mata.kita bergaduh,dan tidak mengambil tahu langsung tentang rakan tersebut dan apabila kita ingin berbaik,rakan tersebut mula mengungkit kisah lampau yang membuatkan kita berasa jelek dan benci untuk berbaik dan merasakan dia tidak perlu kita untuk berbaik dengannya lagi.

pernah kita lihat orang yang membangga diri membawa rugi?ohh menjadi satu peribahasa yang baru hari ini.contoh orang yang mendapat keputusan peperiksaan yang hebat bagus dan kita tidak sebagus itu,dia mula bercerita kepada orang lain tentang hebatnya dia dapat keputusan yang elok.yang baik.akhirnya,kawan-kawan akan mula menjauhkan diri darinya.siapa suka bila mendengar orang itu membangga diri?

pernah kita mencuba buat perkara yang membuatkan rakan kita senang hati walaupun iaitu akan merugikan kita?dengan lebih senang,sanggup mengorbankan diri demi kawan.pernah?dan selepas kita berbuat demikian sayangnya,perbuatan itu tidak sedikit pun dihargai oleh rakan kita tersebut.pernahkah anda jadi begitu wahai pembaca?

pernah kita berjalan menghampiri rakan kita tersebut,namun kita diabaikan dan mereka berjalan berdua.tidakkah itu satu kes buli?membuat orang rasa tidak seronok?membuat mereka terasa?mereka juga mahu berjalan dengan kamu.sukakah kamu dilihat sebagai orang yang disisihkan?orang yang tidak mempunyai kawan dan berseorang walaupun sebenarnya ada?

dan tidak lupa,rakan yang melupai kita setelah menjumpai orang baru dalam hidup? (gf/bf)
atau perangainya berubah dari dulu?

itu sahaja.tidak ada kena mengena dengan mana-mana orang.100% tidak berkaitan dengan sesiapa.jika ada yang terasa,harap dimaafkan dan saya langsung tidak bertujuan untuk menyinggung,menyakiti, atau membuat anda terasa.sekian,harap maaf dan maklum.

4 comments:

nbk said...

sokong kot

s'ofwan zubir said...

100% tidak berkaitan dgn sesiapa?


*awat taip mcm feeling ja.
:)

Afaf (: said...

semoanya pun betui!
mcam kami ngan budak tu.
hmpa taw kannnn.
hha

Aida Amalina said...

malas nak baca.
panjang sgt.