Saturday, July 11, 2009

innalillah

Inilah adat kehidupan,ada bertemu ada berpisah.
(sambil menepuk-nepuk bahuku)
bagaimana.
bagaimana jika kau yang meninggalkan ku?
jika ungkapan itu hanyalah untuk aku yang bersedih kerana perpisahan sementaral,
bagaimana dengan perpisahan selamanya?

======================================================================

3.00ptg
sakit.terduduk kerana sakit.dadanya berombak-ombak.dapat ku lihat namun tidak dapat ku rasai kesakitannya.benarlah kata orang,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

3.45ptg
KMC.aku memimpinnya berjalan ke dalam,masih lagi berbual dan bgurau.sambil menunggu ibu yang meletakkan kereta.

4.15ptg
dimasukkan ke dalam wad HDU.doktor mengesan sedikit masalah dengan jantungnya.ketika di wad,aku bergurau dengannya tentang cincin kawin.sumpah tidak tipu,dia berkata kepadaku
"adik nanti ambil lah bidang perubatan,jadi doktor."
aku pada masa itu tidak menyesyaki apa-apa,menjawab bahawa aku tidak mempunyai minat dalam bidang tersebut.

setelah pasti dia semakin pulih,aku dan ibu pulang.aku yg keletihan kerana sekolah terus tertidur.

6.30ptg,
aku terjaga.ku lihat acu,sedang menonton televisyen.aku turun kebawah dan lihat,kosong.ibu dan lain2 pergi melawat.sesudah mereka pulang,puasa hampir berbuka maka semua berkumpul di meja.sesudah azan,baru sahaja sesuap dua ditelan,panggilan telefon berbunyi.

your dad really in a bad condition.

terus bergegas mandi dan sembahyang.aku dan acu tidak sempat pergi bersama.tinggal kami berdua di rumah.aku agak sedih kerana tidak dapat bersama.

ibu telefon dan mengatakan bahawa tiada harapan lagi.ibu menyuruh aku membaca yasin dan mengemas rumah.aku terus menangis dan menangis dan pada masa yang sama,tiba tiba lampu rumah tertutup perlahan-lahan.aku turun mendapatkan acu di bawah dan mendapati lampu bawah juga perlahan-lahan mulai malap.aku mencari yassin namun tidak terjumpa,aku membuka Al-Quran dan mencari surah yassin.sumpah,aku tidak bohong.aku dalam kesedihan menangis dan membuka helaian Al-Quran dan dalam hatiku merintis hiba memohon kepada Allah supaya jumpakan aku surah yassin untuk di baca kepada Tok Abah.setelah aku berdoa,aku membuka helaian kitab suci itu dan...sumpah,helaian yang aku buka ialah surah yassin.aku terus membaca dan ketika hampir 5ayat penghujung agaknya,azan Isya' berkumandang.dan di masa itu juga telefon berdering.

di atas,acu menjawab panggilan telefon tersebut.aku terdengar suara teresak acu yang tidak jelas dan hatiku mengatakan dia dah pergi.begitu kuat hati aku mengatakan.kemudian acu turun dan menjerit di tangga,.

adik,tok abah dah tak ada....

dan terus menangis.aku yang membaca yassin menangis semahu-mahunya dan terus membaca yassin dengan begitu kuat sekali.acu cakap "baru tadi ja nampak dia duduk kat krusi ni"dengan suara lantang dan teresak.

jenazah sampai di rumah pada jam 10.20mlm dan sampai sahaja di rumah hujan turun.

semoga rohmu Tok Abah ditempatkan dengan orang-orang beriman.
amin

7 comments:

Aida Amalina said...

amin

shafiq shukri said...

innalillahwainnalillahhirajiun
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalagan orang yg beriman.
amin

nbk said...

;|
sabar na aifaa

aifaa said...

amin

aifaa said...

amin dan masyeh :)

aifaa said...

nbk ; yaa:)

W , said...

innalillah
sedih la bacaa :(
takziah utk aifaa n fmly