Tuesday, August 04, 2009

semakin hari,isian yang tidak bernas semakin bertambah.

"ish.buet kureng mase aku je follow blog die nih,takde faedah langsung"
"tudia tadak keja aku polo blog dia neh,post tah papa."
"ish.aku rasa macam nak p hbaq kat dia ja kalau xreti tuleh blog xpayah buat blog la!"
"hampa duk cakap benda-benda tu bt apa,aku stop follow dia teruih.lagi senang."

*orang kl
*orang penang
*orang orang kedah
*lu piki la sendiri

okeh ini mungkin,kemungkinan besar kebanyakan follower aku cakap macam nih.
mungkin post ini jugak tiada sesiapa yang akan mengomen,
mungkin juga aku akan bertulis seorang diri di blog ini,
jadi aku di sini menyusun 10jari tambah lagi 10jari kaki meminta maaf semaaf maafnya kepada semua follower aku kerana blog aku yang membosankan ini.
jadi,saya telah meng-edit blog saya ini dengan template baru,okeh tipu,template lama,tapi HARAP PAHAM SAYA baru,muzik baru,dan post baru juga mungkin.haha
jika ada yang terus stop mem-following aku selepas ini,
aku tidak lagi akan tertanya mengapa.
sekian,
:)

2 comments:

ZMBL's said...

takpa aifa,

ini lebih baik drpd yang mengkritik org lain dgn pemikiran yang kolot :)

nbk said...

blog dicipta supaya kita boleh mengarut banyak² dan tulis apa yg kita suka. bukannya memuaskan nafsu followers. kan kan kan?