Thursday, December 30, 2010

azam tahun 2011

nak jadi ayu.

ringkasan tahun 2010 saya.

1.dapat kekal dalam kelas pertama. Alhamdulillah!
2.bergaduh dengan Muzzammil buat pertama kali.lol.
3.tapi lepastu baik balik.
4.marah dekat aida n hazzim sebab pekena aku
5.tak pi equin lama gila
6.dapat p sukma
7.sekali sukma cancel.
8.nawfal akram mengorat saya.huahua
9.sejarah dapat D,lepastu pulun gila2 sebab takut cikgu shon denda.
10-saya rasa Nur Afiqah dengan Nur Fathiah yang dah pindah kelas 3Bitara dah jauh dengan saya ;(
11-sukma kensel (sila rujuk number 6)
12-aku dengan aida bebai gila2
13-baik balik dengan muzz setelah berapa lama bebai xmau cakap ngn dia
14-dapat anak kucing :D
15-sedih abang mat coach equin dah pindah
16-budak2 ahmad tajuddin pulak pindah
17-3 bestari jumpa cikgu yang suruh buat KARANGAN SAYA SEBATANG STAPLER.
18- rapat dengan Wan Noor Hanisah dalam kelas!
19-art jadi topik utama aku,aida,shauqi,hazzim,syazwan danlain lain.
20-art nak jumpa aku dekat sekolah lepaih aida send mesej kat dia dalam facebook.siap sikat rambut dengan perfume wangi gilaaa.oh art :x
21-tidoq awai.tiap2 hari tidoq pkui 10.pkui 930malam dah mengantuk wooo
22-deactive facebook.
23-trial pmr dapat 4A4B tapi cikgu up dapat 6A2B
24-tahun yang saya dapat moved on dari bayangan (bayangan woo) sorang ni.seriously susah gila nak lupa  dia.
25-saya ada crush dekat sorang ni,dia dulu skolah  SMKBBD,lepastu pindah p sekolah len.dia bawak beg kasut.okay cukup pasal dia.saya jadi gila kat dia masa akhir taun form 2,then dia pindah hilang dah.tiba2 jumpa balik time hari anugerah saya gegeh balik.
26-saya ada blog satu lagi.tapi private.kawan2 rapat ja tau
27-PMR.
28- parents p haji pada hari last pmr :|
29- aku rasa macam aku boleh jawab semua paper pmr dengan bagus kecuali sc dengan kh.sayaa target b 2 paper tuh.
30-tinggal dengan tok mama,chaet,dengan auntie nadia n pakcik AFO.
31-aku rasa makcik nadia dengan pakcik AFO obses hantu. (sila baca ya makcik nadia! HAHA! :P)
32-shahmi is the most famous person in 3bestari.
33-aku rasa syaqirin agak pelik sikit (._.) tapi oh well thanks wei qirin.
34-saya masuk gamelan.
35-DAPAT P PENANG HORSE SHOW YEAH YEAH
36-jumpa lelaki hensem dekat penang.
37-muka burn sampai lani.
38-saya kuat cemburu :| tak kisah la apa jeneh cemburu tp mmg kuat jeles meles.tanya udin.
39-fes taim jumpa Nadirah Norzemi.dia tinggi dari saya.hmph
40-jerit dalam kereta yang udin drive.
41-udin p obesi wooo.saya bagi hadiah satu lukisan muka dia yg saya lukeh sendiri.huduh.tapi kesah pa.muka dia.lalalala
42-saya masih tk leh blah bila pikiaq pasal laki hensem dekat penang.
43-saya stop facebook,myspace,yahoo messenger,blog buat beberapa bulan sebab pmr.
44-aku terperangkap dalam banjir. Ya Allah,jangan la jadi dah banjir.doa banyak2 laa
45-sepanjang banjir tu,aku xturun langsung kat air banjir.geli.
46-dan sepanjang banjir tu jugak,aku rasa tok mama bebai dekat aku sebab duk takmau turun angkat barang yg tenggelam dek aku geli air banjir
47-aku reja tengok anime ja sepanjang cuti PMR (-_-)' sekolah pun p 5 hari ja kot lepas PMR.
48-saya jual cupcakes www.cuppycakesmonster.blogspot.com
49-farah dengan afiqah mai tidoq rumah aku <3
50-dapat p lawatan penang dengan aida n cheknot n hanisah <3 <3
51-beli baju 'save the world' yang sama untuk kami 3 orang.
52-rumah aku direnovate.bilik bawah tu pebesaq.
53-porch depan rumah aku ada kipas.aku tanya abah dia kata "senang nanti adik nak kawin tak payah panas2" :|
54- first time jumpa shah rezza sufyan!!!! hahahhahahaha wei aku karan jumpa hang! yeye abang shah.
55-aku tau takdak orang baca sampai habeh semua pun.
56- cukup la sampai ni.


57-oke satu lagi.habaq num brapa hampa suka.

Wednesday, December 29, 2010

pening kepala ada facebook.aku deactive =|

Tuesday, December 28, 2010

aku suka sushi yang makba buat ja yang lain tak suka haha :D

hahahahappiness!!



oh btw aku dah tengok narnia,3d BEST GILA OKAY.NARNIA YANG PALING BEST DALAM CERITA NARNIA HIHIHIHIHIHIHI AI LAIKE.tapi sayangnya kakak dengan abang dia xdak dan xbrapa ada lelaki hensem....

Sunday, December 26, 2010

benci gila aku dok post blog xdak orang komen (T_T)

ngekk haha

Friday, December 24, 2010

first time dapat bunga

hai.sapa2 yang jadi friend aku dalam facebook mesti tau aku yang tengah frust menonggeng T_T
disebabkan tu jugak,mummy dan abah aku jadi risau sebab aku macam bebai tak keluar-bilik-asyik-asyik-menangis-whatever-
so tadi mummy bawak p secret recipe.lepastu aku jumpa patung dr rozmey aku tumbuk then lari okay okay dah lari tajuk.

balik-balik dari secret recipe tadi tiba-tiba ada  kakak sorang ni naik kereta proton saga kot tak silap.

"Aifaa ada?"
mummy : ada ada.sekejap ya
lepastu aku turun sebab mummy panggil and O.M.G.

dia bagi aku bunga.
bunga ni auntie Shuhada kawan mak aku bagi,dulu aku rapat dengan anak dia Shazrin Shafiqie oh so :")

suka.rasa nak lompat p kawin tapi nasib baik auntie shuhada tu perempuan O_O




*walaupun dapat 7a dapat jugak hadiah dan kad congratulation.hihi* :p


 okay konklusi dia kita kena la tumbuk patung doktor rozmey kalau pergi Secret Recipe dekat Jitra tu eh eh kita kena la bersyukur dapat brapa a dalam PMR (walaupun aku dok meroyan tak sangga) sebab SPM ada lagi!! kalau SPM gagal kita amek lagi!! HAHAHAHHA!!!





gambar terakhir sekadar untuk menggelikan.


sekian terima kasih dari saya karam sigh walia,tv3

Thursday, December 23, 2010

sapa2 buleh tolong ceriakan hati aku dak.

nak buat macam mana,syukur ja la

-dalam kreta-

"mummy dah doa masa pergi Mekah yang terbaik untuk Aifaa pada Allah. Mesti ada hikmah. Jangan sedih2"

saya dapat 7a 1b ja.
b agama.
siapa sangka kan agama yang time trial dapat 92? -_-"

tahniah buat kawan baik saya,aida amalina yang mencapai 8a dalam PMR!
wan noor hanisah,atiqah zahari,alya hanisah,ainul asyikin.

jangan bimbang,saya okay.terkilan sikit jerrrrr

Wednesday, December 22, 2010

Penang Horse Show 2010

first sekali,Penang Horse Show ni lebih kurang macam National Horse Show cuma Penang yang sponsor kan duit sendiri.ingat tak lagi tahun lepas aku p? (click!)

yang lainnya,tahun ni aku masuk dressage ja.tahun lepas aku masuk pony games dengan dressage.
kami start bertolak pukul 9.PATUTNYA LAH.last-last bertolak pukul 10.30pagi.hahaha :D

ada 2 buah kreta,satu cikgu Suriani satu lagi kreta cikgu Wan.aku dengan aida naik kreta cikgu wan dengan zarif,izzat,abu.

awat dalam kreta pun nak cerita?ha ni sebab dia..



lepas pada tol Alor Setar
Aida : wei aifaa,aku nak p toilet la.
Aku : hah?? bagitau la cikgu!!
Aida : ish tak mau la.biaq biaq
Aku : cikgu! Aida nak p tandas
Aida : bodoo aih.toksah la.takpa cikgu takpa takpa

brapa jam dah a?ok kira sampai dekat tol nak masuk jambatan Pulau Pinang la.cuba bayang brapa lama.

Aida : weiiiiiiiii aku tak tahan dah ni.
Aku : PI LA HABAQ KAT CIKGU!
Aida : p bagitau zarif sat kata nak p toilet

bla3,sekali time zarif bagitau tu DAH LEPAS TOL JAMBATAN PULAU PINANG.kiranya kalau Aida nak p toilet pun kena lepas dari jambatan la.

padan muka hang.spa suruh xmau habaq awai.

paihtu dah lepas jambatan pulau pinang,ada tol.tapi nak masuk dia tak boleh.so cikgu teruskan lagi.
cikgu siap tanya "boleh tahan lagi tak?kita straight pergi stable lah"

aida muka jadi :O dah
pastu aku bagitau cikgu kata aida dah xbuleh tahan dah.
aku dok tepi aida takot gila.yala.duk tepi aku woo (-_-)'

last last kami berenti dekat Shell.tu pun aida hingaq2 kata tu shell! tu shell!!!!

brenti2 p toilet Shell ada orang tengah guna.nak tau aida buat apa?

dia p ketuk pintuu tandas tu.macam along mintak duit hutang.

patu amoi yg guna toilet tu keluaq buat muka pelek gila p ketuk pintu tandas macam tu. coihhhhhh.hg tudia la aida.

dalam kereta.sebelum hingaq nak p toilet.wihihihihi


--------------------------------------------------------------------

hari ke -2

tau dak.2hari dah kami duk kat sini tapi xdak sapa pun tegoq kami lagi.haha frust sikit di situ.
oh ya,kat sini jugak kami bagi satu gelaran baru dekat Luqman Sanim.kami panggil dia Sanim Kedahan atas satu sebab.budak-budak kedah ja tau :P

hari ni jugak aku buat dressage prepatory 1,aku num 4 okay.
so kena bertolak awai.aku bangun awai woooo.aku yang set jam.kiranya aku la jadi jam kat bilik asrama kedah.cewah up diri sendiri.
aku set jam pukui 4.30 tapi bangun pukui 4.45 hahahahahahaha oke la tu lala
pastu aku kejut aida syafiqah (serious dia yang paling senang nak kejut antara semua hat len),lepastu raihan bangun.LAST SEKALI BARU AIDA AMALINA BANGUN eh eh tercaps lock.

kami p sana pukul 6 suku (o.o)
lepastu siap2 kuda.aku time ni bebai sebab dok cari girth moonlight tak jumpa.oh ya lupa pulak,hari first tu kakak Raihan dari Perak mai tolong ajaq buat plaiting.kira mai pagi tu groom moonlight saja lah.









just admit that Moonlight is soooo cute (>_<)

tau dak aku tersilap buat prepatory 1 tu?time dekat C kena change rein dalam walk.tapi aku p trot.sampai tengah2 change rein tu baru teringat "eh eh aku kena walk la time ni" (T_T)



akibatnya?potong 2 markah! potong!potong!potong!


gambar tu lapaq penyepak haha :D

petang tu pulak ada Pony Games.haa ni game aida masuk.



yang awai2 tu serious bukan aku.aku jerit aida ja :|
nah tengok la video tu kalau sanggup.abaikan aku dok jerit "AIDA!!AIDA!!!"

ok nk buh sekali pony games time final :>
nanti la.hueh


lihatlah kesungguhan kami.haha

nak cerita apa lagi pun taktau?
kli ni memang best.eh ton lepas pon best.tah xtau nak cakap mana best sebab masing2 ada masalah sendiri kan setiap taun.oh ya terlupa pulak.


okay rasanya kalau yang dah jadi kawan aku tu tengok dah kot video yang aku terperangkap dalam bilik tu sorang sorang?


nak tau cerita dia?okay time tu aku baru habis buat prepatory 3,kiranya hari ke 3 la.kan buat dressage kena pakai baju kemeja dengan blazer apa semua tu.aku nak tukaq baju la.tak kan nak pakai kemeja sampai balik ai tak sanggup yu.so aku pun tukaq.
bilik tu macam bilik simpan2 saddle bridle semua pasai kuda la.aku suruh aida jaga pintu YALA AKU NAK TUKAQ BAJU.

lepastu aida tutup pintu,aku pon rilek ja dok dalam bilik tu.tiba tiba amet jerit

"nah wei!kunci xdak kat kami!"
aida : hah?patu ada kat mana?
amet: nahhhhhhhhhhh kunci ada kat dalam jodhpurs (seluaq kuda) aku. *time ni dia tukaq baju pakai sluaq jeans dah (T_T)

patu amet suruh aku amek kunci kat dalam jodhpurs dia.depa dok hingaq gila2 kat luaq ya la aku teperangkap dalam tu HAHA.patu aku ingat depa main2,aku cuak jugak sebab sora laki dah la aku dok tukar baju...

then depa pekena aku..nak tau? nah tengok dekat SINI


this is abang amet aka hero kedah.

oh ya lupa pulak.
prepatory 1 - amet dapat num 4
prepatory 3 - amet dapat num 3
prelim AC 1 - luqman sanim (sanim kedahan)
jumping - luqman sanim (sanim kedahan)
pony games - 3rd place,aida amalina,haziq luqman,akmal amir dan badruddin.

aku?......
prepatory 3 dapat num 7.hueh.
prepatory 1?toksah tanya la.dengan salah step!






abang sanim kedahan.



dekat sana,kami paling rapat dengan geng Kelantan dengan Pahang la kot.

pahang ni kami rapat sebab stable sebelah2,dan kami penah tumpang depa nak balik.sekali depa p beli jeruk then kami p dinner pakai baju kuda.fuyoooo

time tu aida bebai.semua pakat nak balik asrama.siap tempah teksi lagi.sekali xjadi.habeh xtukaq baju.

budak ni dari kelantan.nama dia Luqman Hakim.darjah 6.comei gila kot

kelate!

ni team PAK HANG! oke dak pahang.kami ikot depa patu p dinner pakai baju kuda.aida mengamuk (O_O)



tau dak p Penang ni best gila?
tau dak sebab apa?

tau dak ramai laki hensem?!
tau dak aku kiciwa tau2 dia form 2?! HAHAHA


aku habaq kat mak aku

aku : mummy awat lahir adik awai setaun!
mummy : ish salah mummy pulak.adik tanya la mama dia kenapa lahir dia lambat setahun.



HAHAHAHAHA


oh btw,thank you Zaty. I love you.
dia buatkan aku ni


:")

Monday, December 20, 2010

aku xdak mood.
seriously xpaham pasepa tetiba nak marah kami semua. kami taktau apa salah kami.atleast boleh bagitau sebab apa,ni dak.langsung tak pernah cakap dengan kami.sikit pun dak.brapa lama duk kat situ tapi senyum  pun jarang gila.eh jarang ka tak pernah langsung senyum dekat kami?tah la.susah macam ni.bukannya kami p kacau,dah depa tegoq.xkan nk tunjuk sombong belagak.


kalau macam tu semua tak payah kawan dengan laki.
okay pompuan pompuan semua,jangan duk kawan dengan laki sebab nanti kena cop gedik.

xdak mood gila2 ni.habeh down gila rasa.

xpa.jadilah nak jadi apa pun.benda dah lepas.
lani tau dah sebab apa langsung tak pernah nak senyum dekat kami semua.time nak balik salam pun aku mintak maaf tapi tah la.nk keluaq ayaq mata ja aku rasa.

xsuka la bila jadi macam ni.tapi takpa,aku tekad nak keluaq sekolah dah.kalau setiap kali p benda macam ni jadi,mood pun takdak.
xtau nak buat lagu mana dah.

okay sorry semua kedah riders sebab dah kecewakan hampa semua kan.
aku xdak niat langsung nak buat lagutu.taktau la kata tegur dah dianggap cop gedik.

hmm

aku patut tulis pasal penang ka tak payah.

Tuesday, December 14, 2010

sebab-sebab aku jadi penakut bahagian 2.

ish awat ramai sangat suruh sambung balik part ni?tau la suka baca blog aku pun ish!

hmm sorry aku tipu ampa.aku tak berniat pon.hahahahhaha oke dak! xdak orang suruh update pun okay T_T
tpi nakk tulis jugak  ehemm.

okay disebabkan sebab pertama aku ialah Chucky,sebab kedua aku pulak sebab

#aku suka dengar cerita hantu walaupun aku takut.
woo serious.haritu ada makcik/cikgu aku ada cerita pasal ada 'benda' ni,kalau kita baca doa pun dia ikut.

ada sorang ni naik moto time malam,jalan dekat jalan hutan.lepastu dia baca la ayat Qursi.tiba-tiba dengar suara orang jugak baca ayat Qursi macam ajuk dia.


hahahahahhahhahahhhaahhaahhahaa lepastu kita nak baca ayat apa.

hah lepastu JU-ON.
sapa tak penah tengok Ju-On habaq mai kat aku.nak bagi dia tengok kat rumah aku.mai mai.

aku xleh gila lepas tengok Ju-On masa darjah 2 dulu.takut gila2.
sampai nak masuk tandas pun aku takut sebab duk sorang2.
yala,dalam cerita tu kan ada time dia duk bershampoo patu tiba2 ada tangan pegang kepala dia.
okay sangat damn.tapi aku takut ada tangan keluar dari mangkuk tandas haaaaa haha mati. (o.o)

tapi serious,Ju-On bagi impak paling besar sebab apa aku jadi  penakut.

ingat dak lagi ada budak bunyi kucing dalam cerita tu?haaaa
aku takut nanti dia jadi dalam cerita tu bawah meja ada budak tu dok bunyi kucing.

tapi yang paling takut adalah masa JUON TU TETIBA KELUAR DARI SELIMUT TENGOK MUKA DIA HAHAHHA SLEGKNSKGHNBSKG FSAOENOHSRHGKSR GSLNGLSHNSLHR

serious la wei,lepas tengok cita ju on tu,aku tak guna selimut kot.lani ja guna balik.tak takut sngat dah.

amboih hg,takkan la Ju-On nak menghantui hang selama 7tahun kot (T_T)

hah tapi yang aku paaling takut sampai sekarang adalah bila tidur kat tempat bukan rumah aku.
bukan hotel.
maksud aku macam kita p kem ka, apa ka.


ish,macam mana nak p Penang nanti ni...










hah awat aku lukis aku macam aku tengah tidoq dalam coffin ja (T_T)







bersambung.... (haha takleh blah gila)

Sunday, December 12, 2010

nama saya satu.

hai.tengah buat apew tuu?cayep tengah uat cupcakes..uhuhu
oke dak,aku sebenaqnya lari dari buat cupcakes sat.aku penat gila ni.

nama awak apa?
dak,betul ni.saya tanya,nama awak apa?
nama saya WAN 'AIFAA SHAFIA.
ya,nama saya WAN 'AIFAA SHAFIA.
yaaaaa,nama saya WAN 'AIFAA SHAFIA.

kenapa saya ulang ulang nama saya?
suka hati saya la.saya yang taip.sapa suruh awak baca.
oke dak.

aku bukannya keturunan dari Kelantan,aku ni Terengganu la.abah aku orang Terengganu.ish rasanya aku dah cita dalam post lepas :\

okay,nak dijadikan cerita,ramai suka panggil aku wan.
hahah wan.hahhahahhahahahhaha wan.

ya wan.
wan tu apa.wan tu wan la.dok buat taktau pa.bukannya satu.

dulu2 aku tak suka orang panggei aku wan,sebab macam pelik gila.serious tak suka.
tak lama lepastu,aku dah dapat jawapan untuk aaku tak perlu membenci nama aku sendiri.

wan,hebat apa wan.wan tu satu.walaupun nama wan selalu ada dekat nama hampir2 last dalam list nama pelajar kelas,tapi saya kena suka wan.sebab wan tu nama saya.

tak lama saya dah okay dengan nama wan,cikgu sains sekolah rendah saya pun nama wan.
beliau sangat lawak.kenapa beliau lawak?kerana beliau lawak.har har har

suatu hari,cikgu wan berkata

"hampa semua jangan duk buat kurang ajaq dengan saya!!!"

*budak budak semua tengok,pasaipa cikgu tiba2 marah siap jerkah lagi*

*diam*

"lagi mau tanya pasepa! sudah terang lagi bersuluh!"

budakbudak : (O.O) ?

"kemarin saya jumpa kawan saya,dia kata HAI WAN"









okay barbie sikit sikit.

ala comei pa barbie.

Saturday, December 11, 2010

tumpang tanya.



natang ni nak bukak cena.

Friday, December 10, 2010

perang tepung

hai.saya angelina jolie.oke dak.
kemarin bday kawan aku,afiqah.plan3 kami nk buat kat tasik.oke sebenaqnya aku xplan pon.aku sebenaqnya xmau p sebab dok pikiaq xdan nak p sebab hari tu jugak aku baru balik dari Teganu.huahua
sekali balik2 pukui 5 ~~ :D

maksudnya?aku dan p la!! so aku pon p.
aku sampai lewat.muzz dok hantaq msj  "bila nak mai?"
patu afiqah pulak call,aku dok cakap merapu last last baru aku cakap haaaaa aku nk p dah la ni
aku dok msj ngn aida memula tu mak aku suruh p teruih.aku xmau.ahaha
mami ai  cuwuh naik beskal yuuu

so bila dah sampai,brad pitt pon kawin dengan saya.
kami hidup bahagia sampai dapat anak kami,tpi mulut anak kami macam mulut saya sikit2.hueh

disebabkan begitu,kami pun bahagia sampai ke hari ini.





ini mama dan papa saya

kami nak menyambut partayyy birthday adik saya,iaitu Nur Afiqah.
birthday party ini sangat meriah dan JUSTIN BIEBER serta JONAS juga datang memeriahkan lagi partayy.yeay!!!






belakang : justin bieber
depan : jonas

aumph.
selepas selesai berkemas2,kami pun menyanyikan potato (bday girl) lagu
eh dah menyanyikan mestilah lagu,apa la -_-

video

ngaum.wiwiwiwi

dan kami makan.

kemudian sampailah peringakt yang disukai ramai,tapi bday girl taktau.
ACARA BALING TEPUNG SECARA BERDUET BERAMAI RAMAI

nama dia suri cruise.












last last kena baling teloq.ahaha


sekian sahaja coretan budak gemok pada kali ini.


tengok gambaq baru sedaq aku gemok.cisssss

Wednesday, December 08, 2010

ni kali ke brapa tah p tasik kenyir pun taktau.

hai.untuk sapa yang taktau atau dono,alah yu dono ebaut mi,ai dono ebaut yu.abah aku orang Terengganu,jadi sepupu2 aku banyak dari teganu.aku cucu yang ke 32,okay bilangan semua sepupu aku jangan cerita la.
ada yang sampai aku tak kenal pon ada.
tapi kat teganu ni aku rapat dengan sepupu aku hat atilya dengan aliff.

dulu aku selalu naik bot dengan abah aliff n atilya ni,depa adik bradik.atilya kakak.aliff adik.abah atilya dengan alif ni pulak abang kepada abah aku.kiranya pakcik aku la.haa senang2 aku panggil dia ayah sa.sebab apa?sebab dia besar.besar kat sini bukan merujuk pada gemuk,tapi merujuk kepada tinggi.

kawan aku,muzzamil penah la tengok aliff ni.memang tinggi macam galah.tapi dia baru form2.

orang tua la katakan.

lama gila xp tasik kenyir,kemarin kami p XD


excited buleh nek bot.


ni atilya.aku panggil dia kak ya :D

ni aliff.baru form 2 +_+

haha ni menggeramkan.depa dok baling ayaq kat aku.aku baru ja nak ber-feeling-duduk-atas-batu-sekali-tak-jadi-sebab-di-baling-air




seksi.

depa ni sporting gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.tapi dok ganu ni aku makan banyak,singgang,nasik dagang,kfc,mcd,ais krim goreng nyam.


okelah nanti update lain nak main aci sembunyi dengan depa ni.bye

Sunday, December 05, 2010

aku sebuah peti ais.

aku dibeli di Sarawak,ketika tuanku baru berkahwin. Aku sangat gembira dan ingin berbakti kepada kedua tuanku sebaik mungkin. Tambahan pula aku merupakan jenama yang agak popular pada masa itu,aku juga mempunyai 3 tingkat peti membuatkan tuanku lebih menyayangiku. Aku sangat gembira.

Hari demi hari,lahirlah anak pertama tuanku. Budak lelaki yang mempunyai kepala agak dongga,dan bermata  besar telah menambahkan lagi tugasku di dapur. Segala keperluan makanannya disimpan di perutku.

Pabila hari berganti hari,tahun berganti tahun,lahir pula anak kedua pasangan tersebut. Kanak-kanak perempuan YANG SANGAT COMEL menambahkan lagi tugasku.eyarghhhhhh!

tidak lama kemudian,tuanku ingin berpindah ke Semenanjung. Aku sangat sedih. Tuanku mungkin tidak mahu membawaku kerana saizku yang agak besar dan tinggi. Mungkin ini kali terakhir aku bertemu dengan keluarga ini.

Alangkah gembiranya aku apabila sangkaanku itu meleset,aku dibawa ke semenanjung. YAHOO!! Kegembiraanku tidak dapat diungkapkaan dengan perkataan kerana  aku tidak boleh bercakap.ish lupa ka aku ni peti ais? Aku tinggal di sebuah rumah teres 2 tingkat di Quates (tak ghoti eja,besalah peti ais.takp skolah) Sekolah Sains Pokok Sena. Aku tinggal di sana selama 6tahun.

Selama 6tahun tinggal bersama tuanku,keluar mereka yang 4orang telah bertambah menjadi 6orang. Sayangnya,mereka hanya dikurniakan seorang sahaja anak perempuan. Tapi dia comei so takpa la.

Disebabkan hal itu,anak perempuannya sangat minat memasak.dan makan.dan masak.dan tidoq.okay dak.

Kini aku masih tinggal bersama tuanku ini,tidak bertukar tuan. Dan perutku kini dipenuhi dengan cupcakes yang ingin dijual oleh anak tuan aku dan kawannya,Aida Amalina.

Tolong saya. Perut saya sangat penuh.....




Tolonglah beli cupcakes tuan saya.









HAHHAHA AWAT POST PANJANG SANGAT NI?okay senang cerita aku jual cupcakes.mai la beli.kalau xdak orang beli aku nak paksa beli.satu cupcakes RM2.50





okay click cuppycakesmonster ;D

Friday, December 03, 2010

tumpang tanyee

saye nak jual cupcakes awak nak beli takk?

Monday, November 29, 2010

Aida Amalina Abd Rahim.

ingat dak lagi post blog ni ?
kalau laa ada antara hampa yang baca,dan try nak jawab,mungkin betul,mungkin dak.
jawapan dia Aida Amalina Bt Abd Rahim.




gambaq kita form 2 :p



aku nak ceritakan sikit macam mana kami kenal dulu.


dulu aku baru pindah Jitra,aku tak dak kawan.time tu abang aku,Shauqi,keluar main bola.yuup,time tu dia main bola lani ja dak dah (=_=").so aku keluar jugak ikut abang aku,then aku jumpa sorang ni,badan besaq,pakai spek,putih.lepastu abang aku dok sembang2 dengan dia tu.then aku tukang gelak ja.tiba2 aku perasan dia dok pegang leher sorang budak pompuan ni,rambut panjang,gigi rongak.dok urut leher budak tu.aku heran patu tanya la

"tu sapa?"

"adik ____ la kalau tidak tak kan nak pegang leher dia" laki tu cakap.aku xingat kata ganti nama pertama apa dia guna (-.-)'

lepastu budak tu renyih,nah,lagi banyak gigi rongak.haha dakdak.patu pon cakap la.

dulu aku cakap kl oh.sebab abah aku orang Terengganu,dan time tu tak dak kawan sangat pun kat Pokok Sena,so tak bercenderung sangat nak cakap Kedah. kami cakap bahasa kl,ada e e kat blakang.

lepastu aku p tadika Pintar Cemerlang kat Taman Mahsuri,walaupun dalam sebulan ja lagi nak masuk darjah 1.lepastu aku jumpa dia lagi,kami sembang-sembang.dia suka cakap besaq,menci ai.

lepas pada tu,kami tak jumpa.cuti 2bulan october november then bukak skolah.
aku masuk SKBBD,dapat kelas last sebab daftar lambat -.-
start2 belajaq,time rehat ada la sekoq sorang ni,bawak beg barbie,kotak pensil barbie,pen pensil pembaris semua tu barbie.patu dia jadi macam ektensyen orang.aku pon pi la tengok.memula tengok dari belakang ja,bila tengok-tengok,laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.budak ni! aku tau! dia dok setaman ngan aku.

lepastu aku tanya dia sekali lagi nama apa,aku lupa.

nama dia Aida Amalina Bt Abd Rahim.

lepastu kami jadi rapat,walaupun rapat,tapi kami selalu gaduh.
aku ingat lagi kami selalu gila kot telefon guna telefon rumah.
time tu aku meluat kat dia sebab sikit-sikit xmau kawan,tapi aku kawan jugak sebab aku takot kalau orang takmau kawan ngan aku.rasa tak senang laa =|

tiap-tiap kali dia telefon ja,mesti aku cakap kuat kuat," ishhhhh kacau ja orang nak tengok tv!"

"ish laaaa orang nak makan pon nak telefon"

dan banyak lagi ishh kacau.
saja cakap kuat-kuat nak bagi dia dengaq.

lepas pada tu dia pon start buat macam aku buat,hahah pui.

dia ni banyak gila wo barbie,hat ada pala hat xdak pala semua ada.kami pon slalu gaduh,tapi dulu aku takut ngan dia.

dulu aku penah main aci ligan (kejar kejar) kat taman mainan lepastu aku pas kepala dia.TIBA TIBA JA DIA NANGEH. aku jadi macam (O.O) apakes? dia nangeh teruk gila gila.sampai terduduk kat atas tanah,sampai tarik-tarik nafas la sebab tak cukup nafas duk nangis ja.

lepastu aku dok kena nasihat dengan kakak mana tah dok main aci ligan jugak.tobat time tu frust gila.tetiba ja.

aku kawan rapat gila dengan dia,memang rapat gila gila.

okay meh nak terus terang dengan hang,kadang kadang aku jeles tengok hang rapat ngn orang len.haha macam gay dak?aku pon time tulih ni rasa macam aku gay gila :|

betoi.dulu hang rapat dengan farah aku jeles,patu hg rapat ngan cheknot ka sapa tah dulu aku jeles.gilaaa ka apa (-.-)" cheknot jangan terasa pulak.aku memang suka rasa pelek2.

disebabkan jeles tu jugak,aku benci kat farah.salah satu sebab.betoi.serious ni.
hg ngan farah rapat teruk,aku rasa macam terpinggir gila.patu satu hari aku pi kawan ngan geng-geng zainab,najwa dan lain lain patu dok cita kat depa apa semua.patu depa pon tak mau kawan dengan aida.
hahahhaa jahat dak aku (T_T)

time tu memang gaduh paling teruk,xleh blah gila ingat balik.tapi yang aku ingat aku start bebai dengan hang n farah time kita duk kat meja kat block D kot,hat warna kuning tu.hampa dok bisik-bisik 2 orang patu aku tanya apa hampa xmau haabaq kat aku.ampa siap gelak2 lagi.patu aku p kat geng najwa teruih (o.o)

kita dah baik macam mana tah.tak ingat.time tu hang expert BI,ingat lagi dulu time aku darjah 2 hang cakap hg buleh baca English dah lani,mak hg duk ajaq.patu aku pon xmau mengalah cakap la aku reti jugak.sekali hang bawak keluaq buku BI hang patu hg tunjuk perkatan 'clock',aku tak reti nak sebut,aku sebut 'colk'.patu hg dok hingaq SALAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH


-----------------------------------------------------------

kita kawan rapat gila kan,sampai darjah 6 hang ngan aku tukaq kelas.aku turun kelas num 2,hg stay kelas pertama.
kita dah tak brapa rapat,lepastu kita sama sama dapat results UPSR.alhamdulillah,results kita membanggakan.lepastu kita pindah ke skolah masing masing.

kita still contact,kita msj 24jam.tiap2 hari wooo.macam kapel.ehem
pastu kalau kita tak mesej lama,mesti hang xpun aku hantaq mesej "hoi.lama tak dengaq crita"

kita contact selalu.tiap2 hujung minggu kita jumpa.


-----------------------------------------------------------

hang ingat dak harini masa 2tahun lepas?
petang tu kita mesej,lepastu kita keluar taman.time ni dah cuti sekolah.
kita cerita gelak2,memang lawak sangat.

time tu abah hg memang dah sakit.tapi mana kita nak sangka apa2 kan.
kita duk kongsi cerita,gelak gelak,
tiba tiba ja,adik hang call.

padahal rumah hang bertentangan dengan taman mainan ja pun.aku time tu duk tengok hp hg.
nampak2 kata rumah hg yg telefon terus aku bagi.

batrisyia call hg suruh balik,hang lari balik rumah.hang tak sempat cakap apa2 pon kat aku.
aku jadi macam terpinga-pinga pasaipa?tinggal aku sorang2 kat taman.lepastu aku pun balik.

sampai-sampai ja kat rumah,tiba tiba mesej masuk

" Ayah aku ! Ayah aku! "

aku jadi heran,pasepa?

"Awat jadi apa?"

"Taktau. Ayah aku jadi lembik macam mana ntah. Aku nak bagi bantal tapi mak aku dah bawak p hospital.hmmm"

lepastu aku serious taktau nak balas apa dah.aku suruh hang sabaq banyak banyak ja.

rumah aku ada ustaz datang tiap2 malam Jumaat dengan Sabtu.
so malam tu aku memang dah pakai jubah,dengan tudung.
lengkap,semua hitam.

habis tukar baju,aku tengok handphone,nampaknya mesej2 aku hang tak reply lagi.aku hantar mesej banyak,sebab macam risau kat hang.

lepastu masuk satu mesej,

"Ayah aku dah meninggal."

aku terkejut.serious terkejut.sangat-sangat sampai aku terdiam brapa saat pikir.aku jadi taktau macam mana nak comfortkan hang.hang kawan baik aku,dari tadika sampai la saat tu.serious tak tau.aku pun reply

"Innalillah.betul ka weh?"

brapa lama lepas tu hang tak reply.

lepastu aku kelam kabut pi bilik mak aku,aku jadi cuak gila.jadi macam tak tentu arah,aku cakap "Mummy,aida hantar mesej kata ayah dia dah meninggal".lepastu aku cerita semua yang jadi petang tadi.

aku macam tak percaya.lepastu Mummy aku cakap benda ni mana boleh buat main.patu mummy suruh siap2,nak pi rumah Aida.aku memang dah siap dah pun.

lepastu dalam kereta aku tengok rumah hang gelap ja,abah aku brenti kat rumah Ustad Yusuf pulak.
Ustad takda,ustazah ja ada.
lepastu abah masuk kereta,

aku tanya abah " betul ka abah?"

lepastu abah aku jawab dengan suara perlahan,abah aku cakap " ya..betul la tu.."


aku serious tak boleh tahan sebak dah.aku nangis dalam kereta.
aku rasa simpati gila kat kawan yang membesaq sama2 dengan aku,kawan yang sama-sama main kereta kuning kat rumah aku,memang rapatsangat sampai mak aku pun penah suap makan kat dia.

tambah sebak,aku terbayang macam mana ayah Aida dulu kat belakang rumah dia duk tebas lalang.aku ingat lagi,dengan pakai hat,sarung tangan warna putih.memang abah hg suka berkebun.

aku nangis2,lepastu pi Hospital Sultanah Bahiyah.
cari dekat bahagian apa ntah,dah lupa.rupa2nya dah claim dah jenazah,aku serious time tu taktau macam mana nak berdepan dengan aida lepas jadi benda ni.

lepastu aku pi rumah tok hang dekat Alor Setar.aku pun dah lupa macam mana boleh tau rumah tok hg.tak silap aku call mak hg kot.hg tutup handphone hg.

aku sampai kat rumah tok hg awal,takda sapa lagi.lepastu baru ada orang mai.aku salam tok hg,aku duduk kat tepi tangga tu.

orang-orang pakat datang semua,lepastu dah sampai masa hang datang.

mak hang masuk dulu,aku dengar mak hang peluk tok hang sambil nangis jerit "maaaa"
serious tak tahan gila weh,aku nangis tertunduk dah time tu.

lepastu adik hang masuk,adik hang salam dengan tok hang.diam ja.tapi aku nampak mata hang dan adik hang bengkak.
lepastu hang pulak salam dengan tok hang,memang diam.muka monyok.

lepastu aku salam dengan hg,hg tengok aku,hg keluar air mata hg.

hg jerit "Aifaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"


lepastu hang peluk aku.hang nangis teruk-teruk sampai sedu sedan kat bahu aku.
aku tak tahan terus peluk hang balik,aku nangis jugak.serious ni la part yang paling aku tak boleh lupa sekali,aku tengah menangis ni bila ingat balik.

lepastu tok hang mai,tok hang cakap "jangan buat macam ni,kesian kat ayah" lepastu tok hg peluk hg.
aku duduk balik dekat tangga.

.lepastu hang tunjuk tandas dekat mak aku,mak aku nak ambil wuduk.aku baca yassin,tapi biasalah aku,lambat baca.hang habis dulu dari aku.

lepastu abang hang mai,aku nampak abang hg tengah baringkan jenazah.ramai cikgu2 jugak masa tu.aku jumpa madam apa semua.abang hang ada sembang dengan mak aku,aku tengok abang hang tak menangis pon,okay ja muka.time tu aku pikiaq abang hg kuat gila,bukan sebarang orang boleh tahan benda ni.

yang ni pun aku sebak jugak,sebab alif datang kat aku.mintak handphone nak main game.aku rasa sebak sangat2 sebab dia baru 5tahun,tak tau apa lagi.dia siap cakap kat aku "Tadi abah ada lagi,sekarang dah meninggal"






Aida,
hang jangan pernah pikir hang budak malang ka apa.jangan pernah sekali.jangan biar hati hang rasa macam tu.percaya dengan-Nya.setiap ketentuan Allah itulah yang terbaik,setiap yang hidup pasti akan mati.
Percaya dengan ketentuan,qada dan qadar Allah! Sebab kita hanya meminjam,yang kekal itu Allah. Bersyukurlah pada-Nya Dia pinjamkan hang seorang ayah yang sangat baik,penyayang dan dapat berikan hang dan keluarga hang kebahagiaan.

Aku percaya hang takkan pernah fikir macam yang aku tulis tu,aku kenal hang.
terima kasih Aida,hang la kawan aku.hang salah seorang pendorong aku untuk tutup aurat aku ni.
ingat dak dulu aku tak pakai tudung pun? Syukur Allah pertemukan kita,adanya hang aku boleh la terurus sikit.

Terima kasih Aida Amalina.



Al-Fatihah.

Saturday, November 27, 2010

kedatangan haji dan hajjah ke rumah o.o!

p/s : BLOG LAMBAT GILA NAK UPLOAD GAMBAQ,SO SAPA2 NAK TENGOK GAMBAQ SILA KE FESBUK CHAYER YERRRR



sedia maklum saya telah menjadi anak tanpa kedua ibu bapa dan telah mengharungi hari-hari bersama adik-adik serta abang saya dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh oleh tok mama saya selama 46hari.

pui.ampa pkiaq bukan bukan dah pa baca intro?booo

okay,parents aku p haji masa hari last PMR,time aku paper KH (O.O)
depa datang sekolah then mummy bagi aku nasik dengan gulai abah masak and telur goreng :')
serious sedap.betoi ni!

kawan kawan duk tanya tak menangis ka? eh ehhh sapa kata tak menangis? saya menangis tapi depan Nahjihah dan Suraya saja sebab depa 2 nampak aku jumpa parents aku time tu.

dan dijadikan cerita,cepat depa pi,cepat la depa balik.sedar tak sedar dah 46hari dah pun.
selama sebulan lebih-lebih tu rumah aku ada makcik pakcik aku iaitu Kak Nadia n Abang Faris pun tidoq rumah aku for 2weeks kot?ingat dak lagi entry ni ? tu depa la.ahaha

aku ada bake satu Chocolate Cake ni resipi dari Makba aku.sedap,memang moist TAPI YANG SPOILKAN KEK AKU TU ADALAH FROSTING YANG AKU BUAT SENDIRI.HAHAHA WATA...


SAPA ADA FB DAN DAH TENGOK GAMBAR KEK AKU? eh eh tercaps lock pulak.sapa ada fb dan dah tengok gambar kek aku? sapa tak tengok lagi sila la add dan tengok :P

jadi sayew mrangkawp nanark bagie dye cantirk menawricks kaw memank daa boom! pon tukaq la chocolate kat atas tu.dan bertukar lah ia kepada!

kelik --> >http://www.facebook.com/photo.php?pid=1758104&l=9d472344ef&id=1121246881


aku pun order satu card ni HANDMADE okay,special untuk parents aku.warna dia kuning untuk favourite colour mummy and abah.thanks kak na for the beautiful card!sapa sapa nak beli?sila ke sini ya.

now aku p airport Kak Nadia hantaq,time tengah tunggu tu aku dok ready camera.padahai lambat lagi nak keluaq haha.dalam 10minit tunggu,akhirnya keluaq jugak mummy.ramai orang lain duk tunggu tok,tokwan,mak,abah pakcik makck depa.hehe,sekarang time aku pulak excited.

habis sesi peluk memeluk ehem ehem.mak aku dok sembang dengan kawan kawan dia patu abah aku dok sembang dengan geng Nivovo dia (+_+) owner Nivovo tu tegoq aku tapi aku tak cam patu aku tanya dia balik dia sapa padahai aku pon join Nivovo HAHAHA. (=___=)"

btw,Nivovo tu satu web untuk kita cari duit.nantilah aku post blog pasal Nivovo.

depa dok sembang,aku dok pikiaq bila nak bagi card ni?sekali Kak Nadia dah sampai dengan kereta,so aku pon panggil mummy walaupun kena interrupt depa sembang haha.and aku tunjuk.

so,

click--> http://www.facebook.com/photo.php?pid=1758141&l=887f809a74&id=1121246881">http://www.facebook.com/photo.php?pid=1758141&l=887f809a74&id=1121246881



:)

ehem.brenti kat Masjid Kepala Batas sat lepastu mummy and abah p buat sujud syukur.aku dengan Kak Nadia dok sembang pasal Muzium Perang,lepas aku p lawatan haritu dia pun p dengan suami dia saja 2ORANG DEPA.OMG.ahaks!

balik rumah kami makan macam2 wok! kek aku pon depa makan :P,laksa,nasik,kurma air zamzam etc

then aku call aida dia tak mandi lagi (T_T) so bla3 dia pun mai.
hazzim n tanim mai dalam 30 minit kemudian patu aku dok tangkap gambaq hazzim makan kek.nak tengok dia mati ka dak malam ni.then nawfal mai rumah.pergh.tangkap gambar jugak la.






meow.
bye

Wednesday, November 24, 2010

Sebab-sebab aku jadi penakut.

Rasanya ramai yang dah tau kata aku ni penakut,banyak jugak rasanya aku dok crita dalam blog ni pasal takut takut ni.aha
tapi dulu aku berani wo,serious tak tipu.tau dak lani aku tidoq macam mana?
aku tidoq tapi pintu bilik aku aku bukak.paham dak?AKU BUKAK PINTU BILIK AKU.sebab pa?sebab aku takut.gelap sangat.ish.takleh pi gila.

dulu masa umur 5 tahun aku dah tidur sorang,hah berani tak berani.haha acewah.
lepastu pindah datang Jitra masa umur 6 tahun,masuk tadika apa semua malam-malam pun aku tidur sorang sorang.siap tutup pintu lagi yuuuu,apa yang buat saya berani masa tu saya baca surah Qursi sebelum tidur.tah taktau sebab apa lani tak se-be-ra-ni dulu.


eh,tau la! sapa kata tak tau?
taktau taktau saya taip ja,bukan kata.


Antara sebab aku penakut adalah :

1) Kawan time aku kecik dulu yakni anak kawan baik mak aku,iaitu Aqila. (Aida hang ingat dak Aqila?) dia bawak CD Child's Play,tau dak Child's Play tu apa?

taktau p tanya Encik Google.

okay,sebelum pindah Jitra,aku tidur sebilik dengan abang aku.
tidur atas katil single bed satu katil,satu katil.
katil aku tepi dinding,katil abang aku tepi tingkap.so bertentangan.
memang aku takut,tapi apa boleh buat?
aku nak lari p bilik makpak aku depa kunci pintu (T_T)

time tu aku serious dengki gila kat Shazni sebab boleh tidur dengan parents aku.hueh hu.
memang patut la aku tabuh dia lani.padan muka.

okay sambung,makpak aku (sat sat parents,sat sat makpak,mana satu?ahaha) dulu pon dok beli jugak cerita Chucky.
gila hapa dok tengok cerita tu alalalaaaaa,comelnya patung ni dok cakap gerak gerak
"Hi,I am Chucky" lepastu senyum.
dia jalan pergi depan lepastu tengok tengok belakang rupanya takda bateri.
hahahahahahahhahahahhahaha memang wata %@%$**%&%^%^#!!!!!

habis tengok cerita tu,malam nak tidur memang aku takut gila.
serious wei.dah la gelap.penerang yang ada dalam bilik hanyalah lampu kecik,so sila bayang macam mana ya budak umur 5 tahun tidur.

lepastu aku taktahan takut sangat dah walaupun ada-orang-lain-dalam-bilik-aku-yakni-abang-aku aku lari jugak.lari pi mana? pi tidoq dengan abang aku la.aku cakap kat abang aku

"choki,adik takut"

patu zzzzzzzz tidoq berimpit dengan dia awwww :")
sayangnye abang choki ihihi

tapi dulu abang aku p delete game The Sims aku so aku xmau sayang sangat.

OKAY NAK DIJADIKAN CERITA PASEPA AKU TAKUT LANI PULAK

dulu masa Aqila tu bawak mai cd Child's Play (haha tudia start dari awai balik tu haha mana watapak pon) aku pun tengok jugak,sanggup tengok jugak sebab Aqila orang KL,jarang datang kedah :") so aku pon tengok.habis tengok Child's Play tengok Hollow Man pulak.memang cari pasal gila (T_T) Aqila ni jenis berani,so dia tak takut.aku tanya dia tak takut ka?dia kata dakpun,ni dalam cerita jaa.bukannya depa boleh keluar dari tv.okay nice Aqila (>_>)

malam tu dia tidur rumah aku,so aku okay lagi.nak dijadikan cerita tu esoknya,time dia dah balik.

aku jadi takut gila.nak tidur guna selimut pon takut sebab dok pikiaq satgi teddy bear aku mai amek gergaji mai gergaji kaki aku (O_O)

jadi walaupun saya darjah 5,saya terus jugak melarikan diri ke bilik mak aku dan tidoq kat kaki dia.haha stai dak?



tudiaaaaaaaaaaaaaa baru satu sebab dah jadi satu post! haha! nanti update len! promise!





sila bayang ini Chucky





Monday, November 22, 2010

heya bitch,I just want to say that you're only alive because it's illegal to kill you.

shit.

Sunday, November 21, 2010

tak tipu!

aku naik kereta dengan ayang aku,ada 2 kereta.
kami on the way nak p rumah tok mama kat alor star kot.
kereta kami naik 2 tu satu ekreta lagi lead kereta yang aku duk naik,warna kereta hitam.
kereta tu abang aku,shauqi naik.

tau dak simpang tiga sebelum masuk airport lama tu?
ala yang ada tepi tu helicopter,kapal terbang hiasan tu.
ha sebelum masuk yang tu la.

ok,mula mula aku duk dalam kereta.serious duduk dalamkereta.
aku duk kat seat depan,tepi ayang aku.ayang aku tu auntie aku,panggil dia ayang.
tak dak kena mengena dengan couple- couple.haha

time tu aku pandang kat luar tingkap,
aku tengok langit.
ada simbol hat pelik pelik.time ni sebelum sampai simpang tiga.kiranya macam kat masjid Kepala Batas tu,
aku duk tengok eish,apa ni?dekat langit.

awan jadi macam bentuk bulat,lepastu kat bulat tu macam air tsunami tengah turun.
aku heran,lepastu tengok la benda lain pulak.
lagi skali aku nampak awan bentuk pelik,bentuk tangan kita.

ala bentuk macam body glove tu,tapi dia jadi macam mana tah.
lepastu aku tengok langit,

kan langit kita ada yagn putih putih tu,bukan yang warna biru,yang putih tu.

awan putih tu semua macam turun nak jatuh jadi salji.serious tak tipuuuuuuuuuuuu,haa
lepastu aku jerit kat ayang aku tu




" AYANG! NI NAK ADA GEMPA BUMI NI!"



"hah? ha apa?"



shit.kreta yang abang aku tumpang tu dah kena timpa benda putih tu.



aku jerit lagi " AYANG!!!!!! CEPAT TURN BALIK!"



kami gelabah gila turn balik,serious time tu aku nak menangis dah.memang berdebar sangat sangat dah ni,tak boleh nak cerita macam mana.

lepastu kami drive kreta tu selaju yang boleh,time tu aku dah tak boleh fikir dah pasal abang aku,nak selamat diri punya pasal.hmm :'(

lepastu sampai kat rumah,memang tak boleh fikir apa dah.
serious macam 2012 woo.

lepastu aku tertidur,aku tertidur bangun bangun aku tengok langit semuaaaaaaaa putih
memang tak da langsung warna langit biru.

bila aku bangun tidur,tadi la.

lepastu aku gelabah,aku turun katil cepat cepat sampai selimut aku yang warna pink tu pon jatuh.

aku lari pergi bilik parents aku,aku tengok cermin,tengok muka aku.rambut aku jadi serabut sangat-sangat.macam ada kerinting-kerinting pon ada.
aku tak kesah,aku tengok kat tingkap.

aku nampak cikgu Faridah Othman dengan cikgu apatah sorang lagi tu.tak ingat
depa dok tengok guna telescope benda apa tah.

cikgu Faridah tengok dari tingkat 2 sekolah kita,depan bilik guru.

lepastu aku lari p bilik aku,aku tengok selimut tu depan pintu.gelabah turun tadi.

orang duk buat announcement suruh ambil pakaian tebal sebanyak mungkin,sebab kita maybe tak dapat cahaya matahari dah.

aku duk kat atas katil,peluk bantal aku kuat kuat.










lepastu aku terbangun.
semua sama,kecuali selimut tu tak jatuh.aku peluk.
aku p depan cermin,keadaan rambut lebih kurang sama.
aku tengok baju, DAMN IT. BAJU HITAM. SERIOUS TAK TIPUUUUUUU
aku tengok luar tingkap,awan macam biasa.cantik saja.tak da semua warna putih.




ish.
manada aku tipu.
ni kan mimpi.

betul la jugak tu.


manada tipu! ini serioussssssssssssssssssssssssssss

Friday, November 19, 2010

ini soalan cemus emas

satu ja.tolong la jawab.serious ni,tak main main.
kalau tak boleh jawab ikot comment,jawab ikot chat box.
please,sapa sapa yang dah baca tolong la jawab.


satu ja soalan aku.

Sepanjang aku tulis blog ni,siapa anda rasa kawan yang paling saya rapat?


hah jawab jawab! cepat jawab!

Tuesday, November 16, 2010

ini kuih raya haji

kuih?? apam pon kuih ka?? haha
ok disebabkan raya ni auntie² serta ibu bapa saya takdeee,jadi saya terpaksa buat sendiri semuanya.
eh?semua ka?dakdak.aku buat 1/8 ja.hat len tu tok aku buat.basuh kain apa smua hahaha

jadi aku pon buat la apam ni,sebab kesian dekat tok aku.takdak kuih pulak kan raya ni,
tok aku ni sebenaQnya dulu jual kuih raya.jadi ni dah raya tiba-tiba tak dak kuih aku rasa kesian pulak.
so mula-mula aku cadang nak buat kek coklat,pudding roti ataupun apam ni.
aku dok tanya adik ngan abang aku yang jarang balik dan abang aku bagi keputusan muktamad,
dia nak APAM DOT DOT ni.
sebab pa? sebab yang lain tu dah pernah rasa. haha!



this is Apam Dot Dot. Aku dapat resipi dari blog Kak Hana,memang comel sangat. Nak link ada kat sidebar.







telur dinasor O_o




nak resipi?aha.

Bahan-bahan

* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus - hana kurangkan
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian &amp; titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

* Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
* Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


-semua resipi ni dari blog hana .



teringat mario dak (*o*)