Tuesday, February 23, 2010

dia dia dia

she is my everything,
she is the sunlight,
she is the moonlight,*hehe*
she is the one i'll go to when i'm in trouble,
she is my love,my life,my mother.
she's the one who i love the most in the whole world!
i'll do anything for her,
i want to make her happy all the times,
but i'm not perfect,
i remembered we fought and we will not talk to each other,
but then hours later we will be like non-mother-daughter but best friends forever!
i tell her everything happens,
about boys(ehem),school,results and things.
she's the most wonderful gift Allah give me.
Thanks Allah,there is no word to describe how to thank You unless than pray and not forgetting you 24hours per day.

yesterday,it was her 43rd birthday,
i've nothing to give her not like any other year,
i only gave her a kiss,and a wish "happy birthday"
and i saw the charming smile on the beautiful and loving face,
it just unforgettable.

and today,it is tok abah's birthday.
i wrote about his last day here,in my blog.which you have to find it yourself la ngek.haha
mummy says that she is the most wonderful birthday gift to him :p
i bet she is.she is the first child to him.

OH HOW I MISS HIM.

tok abah,
tok mama selalu nangis kalau teringat tok abah,
dia cakap lama sangat tak jumpa tok abah.
masa tok abah dah pergi tu kat hospital tok mama jadi tak terdaya,
lutut kaki longgar hingga tak dapat nak berdiri.
abah terpaksa ambil kerusi roda untuk tok mama.

tok abah ingat masa hari last day tok abah ?
kita sama-sama pergi KMC.
mummy p cari parking kita masuk dua,adik time tu xdan nak tukaq baju skolah lagi.
suara tok abah macam xboleh keluar.macam suara tak cukup air,
depa cakap orang nak meninggal dahaga,tapi time tu tok abah masih boleh jalan kan?
sehari sebelum tu pun tok abah keluar 5kali,
beli minyak,roti,beras dan macam-macam lagi.banyak pulak tu.
mungkin tok abah dah tau tok abah dah nak pergi,cuma kami yang tak dapat rasa.

tok abah,
adik ni cucu tok abah yang paaaling manja ngan tok abah :D
tiap-tiap minggu adik tidur rumah tok abah dlu,
kalau xmau tidur,tok abah akan rasuah bagi kopiko suruh tidur kat rumah tok bah,
kalau bagi alasan xdak berus gigi tok bah terus keluar beli,
dulu kita selalu main cikgu-cikgu kan?

kalau bangun pagi-pagi,
tok abah tanya nak makan apa?
nasik lemak ka nak makan roti canai?
adik selalu cakap nak makan nasik lemak.

tapi tu dlu.
sekarang ni,
kalau bangun pagi-pagi teringat nak duduk tepi tangga lepastu tok abah cakap
"adik nak makan apa?"
sekarang ni dah takda dah.
tok abah selalu cerita pasal perang jepun dlu.
SEKARANG NI ADIK DAH BELAJAR SEJARAH PASAL JEPUN DAH TAKDA ORANG NAK CERITA.
tok abah tunjuk bekas kaki tok abah yang kena peluru,
tok abah cerita dlu dekat bawah rumah sewa tok abah ada orang jepun dok tembak-tembak,
tok abah duduk senyap.nasib baik xjadi apa-apa,kalau tidak adik pun xda kat sini.

muka tok abah macam cina,
pernah ada orang cina cakap cina dengan tok abah.
tok abah orang patani,
tok abah seorang yang sangat bertanggungjawab.
semua adik-adik tok abah tok abah belikan baju sekolah dan kerja untuk tanggung yuran sekolah depa.



tok bah,
tok bah tau dak betapa renyuknya hati adik masa tengok jenazah tok abah?
masa tok abah diangkat naik ke atas katil (tok abah meninggal malam jumaat,masa tepat2 azan I'sya)
adik tengok hidung tok abah tersumbat kapas,
mulut tok abah ternganga.
adik time tu makin menjadi-jadi tangis adik.
adik pi kat tok abah,pegang pipi.
sejuk sangat.

SEDIH.

sedih sangat.
adik rasa bersalah,adik tak sempat nak tengok tok abah time kat hospital.
last masa tengah hari time hantar tok abah tu.
memang tak sangka,kita masih bersembang pasal cincin kahwin tok abah,
pasal tok abah suruh adik jadi doktor.
adik tak minat doktor pun.tak pernah terlintas dalam hati pun nak jadi doktor.
tambah-tambah ada yang kena bedah katak,lagi laaa xmau.
sekarang ni,adik target nak jadi doktor.biar tok abah tengok dari sana tok abah bangga.

lepas adik pegang,adik tengok satu persatu orang masuk baca yassin.
adik nak cium tok abah,tapi adik malu depan orang.
lepas orang dah pakat balik.
adik buka kain yang tutup muka tok abah,
dan adik cium.
sejuk sangat.
dah xrasa hangat badan tok abah.
adik pegang rambut,rambut sangat lembut.adik-adik tok abah cakap tok abah macam tengah tidur.
memang pun,dengan keadaan tok abah time tu,macam tok abah tidur depan TV channel RTM.
bila tok abah tidur adik tutup TV.macam tu la muka tok abah.

bila dah sampai masa nak masukkan tok abah ke liang lahat,
adik tak sempat nak tengok sebab bila masa adik sampai tok abah dah pun selamat masuk.
tok mama macam terkilan sikit sebab tak sempat nak tengok.
sangat sedih,
terbayang-bayang lagi macam mana tok abah pakai singlet putih dan berkain pelikat dekat luar rumah siram pokok sambil buat bunyi mulut.lagu apa pun taktau.
dulu tok abah nyanyi lagu jepun.ingat?
rindunya.. :)

bila tok abah dah siap di masukkan,
time balik rumah keadaan sangat menyedihkan.
tok mama simpan baju tok abah sampai sekarang tak basuh,
tok mama gunakan kain pelikat tok abah jadi kain telekung tok mama..

tok abah,tok abah sentiasa dalam hati kami semua.
semoga tok abah di samping-Nya.
adik nak stop dulu,
dah tak larat nak nangis.

selamat hari jadi arwah Abdullah Mubarak yang ku sayangi selama-lamanya :)

11 comments:

nqddnnrzm. said...

aku x baca sampai habeh sbb sebak. tsk




moga lahadnya dijadikan bagai taman² di syurga. amin.

tiqa zahari said...

sayu gila aku baca.

moga tok abah hg aman disana
amiin

aifaa,jgn nges da.

tiqa zahari said...
This comment has been removed by the author.
aifaa said...

nehi : tara dok kata xmo tegoq aku seminggu.hahaha

tiqaa : haha,aku pun harap macam tu. amin :D
nak buat macam mana,kalau teringat sedih la jugak,tapi kim bum ada di sisi aku,dok bagi semangat ni hah

chapter 15 said...

km pon baca leh qeyau. sebak aihh. aifaa sabaq nahh. tok abah ampa mst bangga dapat cucu macam ampa. nnti kita sama2 bedah katak nah. kalau taktau mai km ajaq. km dah try bedah dah.


semogo tok abah ampa aman kat sana. insyaallah aih. dia org baik. al-fatihah :)

aifaa said...

maceh cipak.
mesti teringat arwah baca kan kan kann
heh.kami pun sure abah ampa mesti bangga ada anak hat pandai ngn comei gilaaaaaa hmpa ampa haha :D

amin,pakcik(panggilan) majid pun mesti aman kat sana.insyaallah.keturunan kita semua orang baik kan haha :)

tiqa zahari said...

xabeh kimbum hg.haha.
be strong efa.

nur cheknot said...

panjang
cucu yg misali
smoga tok abah hg dirhmati;]

Charmingly Imperfect said...

it's so beautiful... thank you.. miss him so much

sabrinasabri said...

So touching. Now I miss my grandpa too.

Farrah Wahida said...

sedihnya,kami pun rindu walid (tokwan) kami. tsk. tsk.