Monday, November 29, 2010

Aida Amalina Abd Rahim.

ingat dak lagi post blog ni ?
kalau laa ada antara hampa yang baca,dan try nak jawab,mungkin betul,mungkin dak.
jawapan dia Aida Amalina Bt Abd Rahim.




gambaq kita form 2 :p



aku nak ceritakan sikit macam mana kami kenal dulu.


dulu aku baru pindah Jitra,aku tak dak kawan.time tu abang aku,Shauqi,keluar main bola.yuup,time tu dia main bola lani ja dak dah (=_=").so aku keluar jugak ikut abang aku,then aku jumpa sorang ni,badan besaq,pakai spek,putih.lepastu abang aku dok sembang2 dengan dia tu.then aku tukang gelak ja.tiba2 aku perasan dia dok pegang leher sorang budak pompuan ni,rambut panjang,gigi rongak.dok urut leher budak tu.aku heran patu tanya la

"tu sapa?"

"adik ____ la kalau tidak tak kan nak pegang leher dia" laki tu cakap.aku xingat kata ganti nama pertama apa dia guna (-.-)'

lepastu budak tu renyih,nah,lagi banyak gigi rongak.haha dakdak.patu pon cakap la.

dulu aku cakap kl oh.sebab abah aku orang Terengganu,dan time tu tak dak kawan sangat pun kat Pokok Sena,so tak bercenderung sangat nak cakap Kedah. kami cakap bahasa kl,ada e e kat blakang.

lepastu aku p tadika Pintar Cemerlang kat Taman Mahsuri,walaupun dalam sebulan ja lagi nak masuk darjah 1.lepastu aku jumpa dia lagi,kami sembang-sembang.dia suka cakap besaq,menci ai.

lepas pada tu,kami tak jumpa.cuti 2bulan october november then bukak skolah.
aku masuk SKBBD,dapat kelas last sebab daftar lambat -.-
start2 belajaq,time rehat ada la sekoq sorang ni,bawak beg barbie,kotak pensil barbie,pen pensil pembaris semua tu barbie.patu dia jadi macam ektensyen orang.aku pon pi la tengok.memula tengok dari belakang ja,bila tengok-tengok,laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.budak ni! aku tau! dia dok setaman ngan aku.

lepastu aku tanya dia sekali lagi nama apa,aku lupa.

nama dia Aida Amalina Bt Abd Rahim.

lepastu kami jadi rapat,walaupun rapat,tapi kami selalu gaduh.
aku ingat lagi kami selalu gila kot telefon guna telefon rumah.
time tu aku meluat kat dia sebab sikit-sikit xmau kawan,tapi aku kawan jugak sebab aku takot kalau orang takmau kawan ngan aku.rasa tak senang laa =|

tiap-tiap kali dia telefon ja,mesti aku cakap kuat kuat," ishhhhh kacau ja orang nak tengok tv!"

"ish laaaa orang nak makan pon nak telefon"

dan banyak lagi ishh kacau.
saja cakap kuat-kuat nak bagi dia dengaq.

lepas pada tu dia pon start buat macam aku buat,hahah pui.

dia ni banyak gila wo barbie,hat ada pala hat xdak pala semua ada.kami pon slalu gaduh,tapi dulu aku takut ngan dia.

dulu aku penah main aci ligan (kejar kejar) kat taman mainan lepastu aku pas kepala dia.TIBA TIBA JA DIA NANGEH. aku jadi macam (O.O) apakes? dia nangeh teruk gila gila.sampai terduduk kat atas tanah,sampai tarik-tarik nafas la sebab tak cukup nafas duk nangis ja.

lepastu aku dok kena nasihat dengan kakak mana tah dok main aci ligan jugak.tobat time tu frust gila.tetiba ja.

aku kawan rapat gila dengan dia,memang rapat gila gila.

okay meh nak terus terang dengan hang,kadang kadang aku jeles tengok hang rapat ngn orang len.haha macam gay dak?aku pon time tulih ni rasa macam aku gay gila :|

betoi.dulu hang rapat dengan farah aku jeles,patu hg rapat ngan cheknot ka sapa tah dulu aku jeles.gilaaa ka apa (-.-)" cheknot jangan terasa pulak.aku memang suka rasa pelek2.

disebabkan jeles tu jugak,aku benci kat farah.salah satu sebab.betoi.serious ni.
hg ngan farah rapat teruk,aku rasa macam terpinggir gila.patu satu hari aku pi kawan ngan geng-geng zainab,najwa dan lain lain patu dok cita kat depa apa semua.patu depa pon tak mau kawan dengan aida.
hahahhaa jahat dak aku (T_T)

time tu memang gaduh paling teruk,xleh blah gila ingat balik.tapi yang aku ingat aku start bebai dengan hang n farah time kita duk kat meja kat block D kot,hat warna kuning tu.hampa dok bisik-bisik 2 orang patu aku tanya apa hampa xmau haabaq kat aku.ampa siap gelak2 lagi.patu aku p kat geng najwa teruih (o.o)

kita dah baik macam mana tah.tak ingat.time tu hang expert BI,ingat lagi dulu time aku darjah 2 hang cakap hg buleh baca English dah lani,mak hg duk ajaq.patu aku pon xmau mengalah cakap la aku reti jugak.sekali hang bawak keluaq buku BI hang patu hg tunjuk perkatan 'clock',aku tak reti nak sebut,aku sebut 'colk'.patu hg dok hingaq SALAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH


-----------------------------------------------------------

kita kawan rapat gila kan,sampai darjah 6 hang ngan aku tukaq kelas.aku turun kelas num 2,hg stay kelas pertama.
kita dah tak brapa rapat,lepastu kita sama sama dapat results UPSR.alhamdulillah,results kita membanggakan.lepastu kita pindah ke skolah masing masing.

kita still contact,kita msj 24jam.tiap2 hari wooo.macam kapel.ehem
pastu kalau kita tak mesej lama,mesti hang xpun aku hantaq mesej "hoi.lama tak dengaq crita"

kita contact selalu.tiap2 hujung minggu kita jumpa.


-----------------------------------------------------------

hang ingat dak harini masa 2tahun lepas?
petang tu kita mesej,lepastu kita keluar taman.time ni dah cuti sekolah.
kita cerita gelak2,memang lawak sangat.

time tu abah hg memang dah sakit.tapi mana kita nak sangka apa2 kan.
kita duk kongsi cerita,gelak gelak,
tiba tiba ja,adik hang call.

padahal rumah hang bertentangan dengan taman mainan ja pun.aku time tu duk tengok hp hg.
nampak2 kata rumah hg yg telefon terus aku bagi.

batrisyia call hg suruh balik,hang lari balik rumah.hang tak sempat cakap apa2 pon kat aku.
aku jadi macam terpinga-pinga pasaipa?tinggal aku sorang2 kat taman.lepastu aku pun balik.

sampai-sampai ja kat rumah,tiba tiba mesej masuk

" Ayah aku ! Ayah aku! "

aku jadi heran,pasepa?

"Awat jadi apa?"

"Taktau. Ayah aku jadi lembik macam mana ntah. Aku nak bagi bantal tapi mak aku dah bawak p hospital.hmmm"

lepastu aku serious taktau nak balas apa dah.aku suruh hang sabaq banyak banyak ja.

rumah aku ada ustaz datang tiap2 malam Jumaat dengan Sabtu.
so malam tu aku memang dah pakai jubah,dengan tudung.
lengkap,semua hitam.

habis tukar baju,aku tengok handphone,nampaknya mesej2 aku hang tak reply lagi.aku hantar mesej banyak,sebab macam risau kat hang.

lepastu masuk satu mesej,

"Ayah aku dah meninggal."

aku terkejut.serious terkejut.sangat-sangat sampai aku terdiam brapa saat pikir.aku jadi taktau macam mana nak comfortkan hang.hang kawan baik aku,dari tadika sampai la saat tu.serious tak tau.aku pun reply

"Innalillah.betul ka weh?"

brapa lama lepas tu hang tak reply.

lepastu aku kelam kabut pi bilik mak aku,aku jadi cuak gila.jadi macam tak tentu arah,aku cakap "Mummy,aida hantar mesej kata ayah dia dah meninggal".lepastu aku cerita semua yang jadi petang tadi.

aku macam tak percaya.lepastu Mummy aku cakap benda ni mana boleh buat main.patu mummy suruh siap2,nak pi rumah Aida.aku memang dah siap dah pun.

lepastu dalam kereta aku tengok rumah hang gelap ja,abah aku brenti kat rumah Ustad Yusuf pulak.
Ustad takda,ustazah ja ada.
lepastu abah masuk kereta,

aku tanya abah " betul ka abah?"

lepastu abah aku jawab dengan suara perlahan,abah aku cakap " ya..betul la tu.."


aku serious tak boleh tahan sebak dah.aku nangis dalam kereta.
aku rasa simpati gila kat kawan yang membesaq sama2 dengan aku,kawan yang sama-sama main kereta kuning kat rumah aku,memang rapatsangat sampai mak aku pun penah suap makan kat dia.

tambah sebak,aku terbayang macam mana ayah Aida dulu kat belakang rumah dia duk tebas lalang.aku ingat lagi,dengan pakai hat,sarung tangan warna putih.memang abah hg suka berkebun.

aku nangis2,lepastu pi Hospital Sultanah Bahiyah.
cari dekat bahagian apa ntah,dah lupa.rupa2nya dah claim dah jenazah,aku serious time tu taktau macam mana nak berdepan dengan aida lepas jadi benda ni.

lepastu aku pi rumah tok hang dekat Alor Setar.aku pun dah lupa macam mana boleh tau rumah tok hg.tak silap aku call mak hg kot.hg tutup handphone hg.

aku sampai kat rumah tok hg awal,takda sapa lagi.lepastu baru ada orang mai.aku salam tok hg,aku duduk kat tepi tangga tu.

orang-orang pakat datang semua,lepastu dah sampai masa hang datang.

mak hang masuk dulu,aku dengar mak hang peluk tok hang sambil nangis jerit "maaaa"
serious tak tahan gila weh,aku nangis tertunduk dah time tu.

lepastu adik hang masuk,adik hang salam dengan tok hang.diam ja.tapi aku nampak mata hang dan adik hang bengkak.
lepastu hang pulak salam dengan tok hang,memang diam.muka monyok.

lepastu aku salam dengan hg,hg tengok aku,hg keluar air mata hg.

hg jerit "Aifaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"


lepastu hang peluk aku.hang nangis teruk-teruk sampai sedu sedan kat bahu aku.
aku tak tahan terus peluk hang balik,aku nangis jugak.serious ni la part yang paling aku tak boleh lupa sekali,aku tengah menangis ni bila ingat balik.

lepastu tok hang mai,tok hang cakap "jangan buat macam ni,kesian kat ayah" lepastu tok hg peluk hg.
aku duduk balik dekat tangga.

.lepastu hang tunjuk tandas dekat mak aku,mak aku nak ambil wuduk.aku baca yassin,tapi biasalah aku,lambat baca.hang habis dulu dari aku.

lepastu abang hang mai,aku nampak abang hg tengah baringkan jenazah.ramai cikgu2 jugak masa tu.aku jumpa madam apa semua.abang hang ada sembang dengan mak aku,aku tengok abang hang tak menangis pon,okay ja muka.time tu aku pikiaq abang hg kuat gila,bukan sebarang orang boleh tahan benda ni.

yang ni pun aku sebak jugak,sebab alif datang kat aku.mintak handphone nak main game.aku rasa sebak sangat2 sebab dia baru 5tahun,tak tau apa lagi.dia siap cakap kat aku "Tadi abah ada lagi,sekarang dah meninggal"






Aida,
hang jangan pernah pikir hang budak malang ka apa.jangan pernah sekali.jangan biar hati hang rasa macam tu.percaya dengan-Nya.setiap ketentuan Allah itulah yang terbaik,setiap yang hidup pasti akan mati.
Percaya dengan ketentuan,qada dan qadar Allah! Sebab kita hanya meminjam,yang kekal itu Allah. Bersyukurlah pada-Nya Dia pinjamkan hang seorang ayah yang sangat baik,penyayang dan dapat berikan hang dan keluarga hang kebahagiaan.

Aku percaya hang takkan pernah fikir macam yang aku tulis tu,aku kenal hang.
terima kasih Aida,hang la kawan aku.hang salah seorang pendorong aku untuk tutup aurat aku ni.
ingat dak dulu aku tak pakai tudung pun? Syukur Allah pertemukan kita,adanya hang aku boleh la terurus sikit.

Terima kasih Aida Amalina.



Al-Fatihah.

3 comments:

syifamort said...
This comment has been removed by the author.
sabrinasabri said...

Alhamdulillah moga persahabatan kalian kekal hingga ke akhir hayat. A good friend is a gift from Allah.

Mejar B Yusoff Hamid said...

sih...panjang ngat crite ni..