Tuesday, November 16, 2010

ini kuih raya haji

kuih?? apam pon kuih ka?? haha
ok disebabkan raya ni auntie² serta ibu bapa saya takdeee,jadi saya terpaksa buat sendiri semuanya.
eh?semua ka?dakdak.aku buat 1/8 ja.hat len tu tok aku buat.basuh kain apa smua hahaha

jadi aku pon buat la apam ni,sebab kesian dekat tok aku.takdak kuih pulak kan raya ni,
tok aku ni sebenaQnya dulu jual kuih raya.jadi ni dah raya tiba-tiba tak dak kuih aku rasa kesian pulak.
so mula-mula aku cadang nak buat kek coklat,pudding roti ataupun apam ni.
aku dok tanya adik ngan abang aku yang jarang balik dan abang aku bagi keputusan muktamad,
dia nak APAM DOT DOT ni.
sebab pa? sebab yang lain tu dah pernah rasa. haha!



this is Apam Dot Dot. Aku dapat resipi dari blog Kak Hana,memang comel sangat. Nak link ada kat sidebar.







telur dinasor O_o




nak resipi?aha.

Bahan-bahan

* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus - hana kurangkan
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

* Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
* Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


-semua resipi ni dari blog hana .



teringat mario dak (*o*)

5 comments:

syed abu bakar said...

jeles ! sedap

Aiman Afiq said...

bak kata aiman loistava '' jarimu pelik''

Anonymous said...

syed : xmakan lagi pon!
aiman : "hidungmu besaq"


-aifrog

farhan asyraf said...

wootwoot.
kuih comei gila lah. haha.

nurzamfaiz said...

kiut gila kuih. haha
naknak *gayagediks*