Saturday, April 02, 2011

pengakuan berani mati

saya memang tak berani tulis pasal benda2 ni kat blog,
almaklumlah blog saya ni terkenal selalu dibaca oleh makcik2,cikgu2,pakcik2,mahupun sanak sedara.
masa mula2 lahirkan blog ni,saya dah pikiaq takmau bagi femeli tau.tapi depa tau kot mana pun saya taktau.ciss

ni pengakuan berani mati.
saya rasa saya suka kat sorang ni.
atau secara spesifik lagi saya suka suka suka lebih dari suka dekat sorang ni tapi tak lebih dari cinta love dan benda2 yang sewaktu dengannya.buh la benda2 hat jiwang.

saya rapat dengan dia sejak saya tingkatan satu.dia dok tepi saya.tapi kami dipisahkan dengan jarak sebab meja len len.dia lelaki opkos.saya masih lurus.

saya takmau sebut nama dia sapa.bak kata siti nurhaliza,biarlah rahsia.
memang saya tak penah habaq kat sapa2 pon hal ni.sapa2 pon taktau.
yang tau hanyalah diri aku.dia?sat la nak cita.

aku gelak sebab dia lawak.aku penah nangeh kat dia.ada satu masa ni aku malu pastu aku call dia dan nangeh.walaupun dia bukan pemujuk yang baik tapi dia buat saya rasa tenang.dan saya masih belum sedar akan wujudnya perasaan saya ni sejak masa tu lagi.

ya kawan-kawan,saya suka kat kawan baik saya sendiri.
atau bak kata colbie caillat dengan jason mraz,Lucky I'm in love with my bestfriend.

lucky kah saya?

ketahuilah saya baru sedaq akan perasaan saya ni pada tahun ni.pendek kata,saya memang lambat.
sangat lembap dan lambat sampai perasaan saya sendiri saya tak sedar.
diri saya sendiri.

macam mana saya sedar perasaan saya ni?
bila saya sedar saya dah terlambat.
rasa sakit bila dia dengan orang lain.
ya,orang lain.

bertambah sakit bila tau rupa2nya dulu dia pernah ada jugak perasaan ni sejak dari tingkatan satu.

saya buat derk?
ya.
saya jual mahal?
ya.
saya terlepas?
ya.
saya tau pasal perasaan dia?
ya,saya tau dan saya buat taktau dan saya jual mahal dan akhirnya,saya terlepas.

saya dapat tau yang dia dengan salah sorang kawan saya jugak.

kalau mula-mula laggu Lucky,sekarang sila pasang lagu Aku Bukan Untukmu yang dinyanyikan oleh Rossa.

"rilek la,ramai lagi laki"

bak kata omputih," i dont want any other fish in the world.i want u.only u."

hensemkah dia?
biasa ja.
baik ka dia?
ya,sangat baik.terlampau baik sampai aku tak sampai hati nak pekena dia.


apa reaksi saya lepas ni?
diam.senyap.tak payah cakap apa.

saya sedaq belajaq lagi penting untuk masa macam saya ni,tapi perasaan ni normal.
saya jamin orang yang bagi nasihat untuk belajaq dulu kat saya ni pun pernah alami perkara ni.
jadi mesti anda fahamkan?

saya pun tak mau tinggai pelajaran!

jadi saya dah ambik keputusan,

saya nak diam,pendamkan,biaq perasaan tu hanyut dengan masa.
bak kata leona lewis,Better in time.




sila komen.








ah nak disable komen.dok senyap sudah!toksah dok mai tanya aku sapa sebab aku takkan jawab.sekian.