Sunday, July 31, 2011

look at what i found!


Kepada yang suka membaca, mahupun tak suka baca sila la ringankan poket dan beli buku ni

 *untuk muslim sahaja,kalau bukan muslim nak beli pun bagus jugak, sebab sejarah tingkatan 4 masuk pasal Khulafa' Ar-Rasyidin kan?*

This is seriously a gooooooooood book. Gaya penulisan dia memang sangat macam novel. Ya buku agama tapi macam novel. Rasa macam kita menyelami watak Saidina Abu Bakar sangat2 masa baca, macam Rasulullah s.a.w. ada dekat dengan kita dok sembang.serious :')

aku baru habis baca part Saidina Abu Bakar ja, khalifah2 lain masih tak sempat nak habiskan lagi.ya sangat tebals you ols.770  muka surats okeh. tapi banyak cerita la pasal khalifah2 Khulafa' Ar Rasyidin. uhuk.

dekat sini ada satu bahagian yang aku suka,dan aku rasa macam nak share,

Diringkaskan cerita oleh aku, ada seorang pendeta Nasrani dari Najran datang bertemu Rasulullah. Pendeta ini datang dengan kaumnya, lalu bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,

"Hai Muhammad, adakah kamu mahu kami menyembahmu seperti kami menyembah Isa putera Maryam?" tanya Syurahbil, salah seorang kaum Nasrani.

"Saya berlindung kepada Allah. Janganlah sampai saya menyembah selain Dia dan janganlah pula sampai saya menyuruh orang menyembah selain Allah. Bukan itu yang diperintahkan Allah kepada saya dan bukan itu sebab saya diutus," jawab Nabi Muhammad S.A.W.

kemudian beliau mengajak utusan Najran itu memeluk agama Islam tetapi mereka menjawab dengan "Kami sudah memeluk Islam sejak dahulu."

Rasulullah S.A.W. menyanggah dengan berkata " Kamu bohong, Islam tidak mengajar kamu percaya Allah itu mempunyai anak. Tidak membenarkan kamu memuja salib dan melarang kamu memakan babi."

"Baiklah, bersama kami ada seorang pendeta. Dia akan berdebat dengan kamu," kata Syurahbil sambil memperkenalkan lelaki yang kelihatan lebih warak daripada mereka.

"Hai Muhammad, saya hendak bertanya. Siapakah ayah Isa?" tanya pendeta Nasrani itu. Nabi Muhammad S.A.W. tidak menjawabnya.

"Isa itu anak Allah," kata Syurahbil pula.

"Tidakkah kamu tahu Allah itu hidup dan tidak mati?" tanya Nabi Muhammad S.A.W..

"Ya benar," jawab pendeta Nasrani itu.

"Sedangkan Isa itu tidak kekal," ujar beliau lagi.

"Ya benar," kata pendeta Nasrani itu.

"Sekiranya Isa itu anak Allah, tentulah dia juga kekal dan tidak binasa seperti ayahnya."

Pendeta Nasrani itu terdiam.kemudian Nabi Muhammad S.A.W. berkata lagi, "Tidakkah kamu tahu Allah yang memelihara Isa dengan memberinya rezeki?"

"Ya, benar," kata pendeta Nasrani itu.

"Tidakkah kamu tahu semua yang ada di bumi dan di langit dalam pengetahuan Allah?" tanya Nabi Muhammad SAW lagi.

"Ya, benar," jawab pendeta tersebut.

"Adakah Isa berkuasa atas semuanya itu?" tanya beliau lagi.

"Tidak," jawab pendeta Nasrani itu.

"Bukankah Allah itu tidak makan, tidak minum dan tidak membuang air?" tanya Nabi Muhammad lagi.

"Ya, memang benar," jawab pendeta Nasrani itu,

"Bukankah kamu mengetahuui yang ibu Isa mengandungkannya sebagai mana wanita lain mengandung? Kemudian melahirkannya seperti perempuan lain lahirkan. selepas itu Isa disuap makanan seperti bayi lain. Kemudian dia makan, minum dan membuang air," kata Nabi Muhammad S.A.W..

"Ya,benar," jawab pendeta tersebut

"Lantas bagaimana kamu menganggap dia anak tuhan?"

Pendeta Nasrani itu terdiam. Namun dia tidak mahu mengalah. Dia bertanya lagi, "Bukankah anda mengatakan dia kalimat Allah yang diberikan kepada Maryam ? Kemudian diberi roh oleh Allah?"

"Boleh terangkan kepada kami perkata itu dengan lebih lanjut?" pinta pendeta itu.

Nabi Muhammad membacakan firman Allah S.W.T. yng bermaksud "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (Kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya "jadilah', makan jadilah ia. Perkara yang benar datang daripada Tuhanmu,. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi daripada orang yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa sahaja yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka, "Marilah kita menyeru anak-anak kamu dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu,kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta." (Surah Ali Imran 2:59-61)

Kemudian Nabi Muhammad S.A.W. mengajak pendeta Nasrani dan kawan-kawannya bermubahalah sambil memohon dilaknat pihak yang berdusta.

"Saya tidak sanggup bermubahalah dengan Muhammad," bisik pendeta Nasrani itu kepada Syurahbil.

"Mengapa?" balas Syurahbil.

"Sekarang Muhammad berkuasa. Kita tidak mampu menentang mereka dan sekiranya benar dia rasul, kita yang akan ditimpa bencana kerana Allah akan melaknat kita," jawab pendeta Nasrani itu.

"Adakah kita di pihak yang salah?" tanya Syurahbil lagi.

Pendeta Nasrani itu tidak menjawab pertaynaan itu. Dia kelihatan serba salah.  Syurahbil tahu kedudukan mereka dalam bahaya.......





===================================




Selamat berpuasa pembaca2.muah :* aw



3 comments:

syed abu bakar said...

Alaaaaa! Awat x copy ja satu buku tuu :D

aifaa said...

sebab nak suruh beli:P
sapotlah buku abdul latip talib.sangat best ngeh ngeh

Anonymous said...

Best Forex Brokers stp ndd ecn http://4runnerforex.com
free metatrader demo, the top forex broker is 4runnerforex tight low spreads.