Thursday, October 27, 2011

Mari ke rumah kawan India yang berKedah pekat"

" Hampa kena duk tepi kalau Sangari duk tepi satgi dia tak celuih "
" Lenkali beli kamera mahai besaq sikit baru Sangari pun bulih masuk "
" Hang tau dak coklat hang bagi tu pak aku dah habih makan dah? "

Berikut merupakan dialog yang sering kita dengar yang memang takkan masuk dalam contoh karangan SPM.
Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk memasukkan karangan saya ke dalam buku.

## Contoh Karangan Bergambar 2 ##
Hat first pi cari sendiri kthanksbaimuah

Terjaga diriku daripada tidur yang enak,lemak,dan disukai ramai oleh deringan telefon bimbit yang menggunakan nada dering NokiaTune.Memang lame habis Sebab aku minat kepada Nokia dan ingin terus setia padanya.ceh.

"Hello?" kataku dengan suara agak mandom dan serak basah ibarat Stacy.

Alangkah terkejutnya aku apabila.....


Ceh saspen pa Farah call aku. Maka pada jam tengah hari, keluarlah kami bersama untuk menghadiri intensif novel Mr Syed Dahuri Azmira Syed Muthalib.betoi ka dak nama ni aku taktau. Ketahuilah kami telah membeli seplastik bekalan makanan yayang sebenarnya cukup untuk makan seminggu. Tetapi kerana takutkan lemak berkurangan akibat tidak makan untuk 1 minit, kami beli juga. Tapi Farah belanja aku.muehehehe

Buat seberapa lama kami berintensif, maka datanglah ilham untuk mengucapkan Selamat Deepavali kepada Sangari. Tiba-tiba, Farah ajak pergi ke rumah Sangari. OH MAI GAWSHHHH. Aku yang kononnya ingin merajuk manja kerana Sangari tidak datang ke rumahku semasa Raya Aidilfitri terpaksa membatalkan niat gegeh tersebut. Maka bermulalah perjalanan kami ke ruma Sangari dengan penuh cabaran.

Aram tulih blog guna henset penat kot dahla xmasuk bab sampai rumah dia lagi

Cabarannya adalah apabila kami cuba menelefon Sangari berkali2 tetapi dia tidak mengangkat. Saya sangat cuak. Cuak betoi aku. Bagaimana jika ini cara Sangari melafazkan cerai denganku? Adakah aku mampu membesarkan anak2 kucing yang telah bersama kami sejak kecil itu? Oktaklawak.

Macam otak tak lawak ja. Hahahahaha k sklai lagi tak lawak.

Sklai? Sekali. Aku malaih padam.

Kemudian datanglah Sangari dengan machonya berpandukan gambarajah.eh. Motosikalnya yang akutaktaujenisapaakutakretimotomotoni. Apabila sampai ke rumah, kami dihidangkan minuman yang terlampau sejuknya sampai lani aku batuk. "efghhh" *effect bunyi latar batuk*-taklawak.

Maka bersuka riala kami dengan muruku yang ada dan tosai yang dihidangkan. Eh awat nak upload gambaq guna enset tak leh?! :o


Tahukah anda kami telah mendapat duit raya daripada tok Sangari sebanyak RM akutak bukakduitrayatulagi. Seronoknya aku sampai rasa nak tarik rambut Sangari sebab takmai rumah aku raya ritu!!!!!!!!!!!



kalau hampa nak tau time ni aku nak tangkap gambaq ngan sangari,patu aku buat muka pelik gila sampai makcik dia cakap "ayo" teruih aku tergelak macam tu =.=
pipi sangari omei omei hiihihi:">


lepaih pada tu,aku dah tak berani buat muka pelik dan aku senyum dengan ayunya.




Inilah pengalaman yang saya tak boleh lupakan. Perasaan lapar,cuak,takut dan gembira memang disukai dan saya ingat sampai bila-bila.

Wednesday, October 26, 2011

kepada jejaka2 kacak


nak start balik boleh?

Saturday, October 01, 2011

Keadaan saya semalam

Tahukah anda saya sekarang sedang memakai baju sutera milik ibu Iqbal?
Tahukah anda perasaan apabila baju dibasahi air shower ketika hendak mengambil wuduk?
Tahukah betapa tebalnya perasaan setelah dicop 'gedik' kerana gegeh nak tukar baju?
Tahukah anda betapa basahnya baju dan memaksa untuk menukar demi melindungi aurat?
Tahukah anda sampai sekarang saya malu sebab terpaksa pinjam baju mak Iqbal?
Tahukah anda saya tak bulih tidoq malam sebab malu gila?
Tahukah anda saya sikit lagi nak menangeh sebab malu kuasa lapanbelas?


Lain kali kalau orang tanya
"Pernah p rumah Iqbal dak?"
Sila jawab "Pernah, siap pernah tukar pakai baju mak dia lagi".