Monday, November 29, 2010

Aida Amalina Abd Rahim.

ingat dak lagi post blog ni ?
kalau laa ada antara hampa yang baca,dan try nak jawab,mungkin betul,mungkin dak.
jawapan dia Aida Amalina Bt Abd Rahim.




gambaq kita form 2 :p



aku nak ceritakan sikit macam mana kami kenal dulu.


dulu aku baru pindah Jitra,aku tak dak kawan.time tu abang aku,Shauqi,keluar main bola.yuup,time tu dia main bola lani ja dak dah (=_=").so aku keluar jugak ikut abang aku,then aku jumpa sorang ni,badan besaq,pakai spek,putih.lepastu abang aku dok sembang2 dengan dia tu.then aku tukang gelak ja.tiba2 aku perasan dia dok pegang leher sorang budak pompuan ni,rambut panjang,gigi rongak.dok urut leher budak tu.aku heran patu tanya la

"tu sapa?"

"adik ____ la kalau tidak tak kan nak pegang leher dia" laki tu cakap.aku xingat kata ganti nama pertama apa dia guna (-.-)'

lepastu budak tu renyih,nah,lagi banyak gigi rongak.haha dakdak.patu pon cakap la.

dulu aku cakap kl oh.sebab abah aku orang Terengganu,dan time tu tak dak kawan sangat pun kat Pokok Sena,so tak bercenderung sangat nak cakap Kedah. kami cakap bahasa kl,ada e e kat blakang.

lepastu aku p tadika Pintar Cemerlang kat Taman Mahsuri,walaupun dalam sebulan ja lagi nak masuk darjah 1.lepastu aku jumpa dia lagi,kami sembang-sembang.dia suka cakap besaq,menci ai.

lepas pada tu,kami tak jumpa.cuti 2bulan october november then bukak skolah.
aku masuk SKBBD,dapat kelas last sebab daftar lambat -.-
start2 belajaq,time rehat ada la sekoq sorang ni,bawak beg barbie,kotak pensil barbie,pen pensil pembaris semua tu barbie.patu dia jadi macam ektensyen orang.aku pon pi la tengok.memula tengok dari belakang ja,bila tengok-tengok,laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.budak ni! aku tau! dia dok setaman ngan aku.

lepastu aku tanya dia sekali lagi nama apa,aku lupa.

nama dia Aida Amalina Bt Abd Rahim.

lepastu kami jadi rapat,walaupun rapat,tapi kami selalu gaduh.
aku ingat lagi kami selalu gila kot telefon guna telefon rumah.
time tu aku meluat kat dia sebab sikit-sikit xmau kawan,tapi aku kawan jugak sebab aku takot kalau orang takmau kawan ngan aku.rasa tak senang laa =|

tiap-tiap kali dia telefon ja,mesti aku cakap kuat kuat," ishhhhh kacau ja orang nak tengok tv!"

"ish laaaa orang nak makan pon nak telefon"

dan banyak lagi ishh kacau.
saja cakap kuat-kuat nak bagi dia dengaq.

lepas pada tu dia pon start buat macam aku buat,hahah pui.

dia ni banyak gila wo barbie,hat ada pala hat xdak pala semua ada.kami pon slalu gaduh,tapi dulu aku takut ngan dia.

dulu aku penah main aci ligan (kejar kejar) kat taman mainan lepastu aku pas kepala dia.TIBA TIBA JA DIA NANGEH. aku jadi macam (O.O) apakes? dia nangeh teruk gila gila.sampai terduduk kat atas tanah,sampai tarik-tarik nafas la sebab tak cukup nafas duk nangis ja.

lepastu aku dok kena nasihat dengan kakak mana tah dok main aci ligan jugak.tobat time tu frust gila.tetiba ja.

aku kawan rapat gila dengan dia,memang rapat gila gila.

okay meh nak terus terang dengan hang,kadang kadang aku jeles tengok hang rapat ngn orang len.haha macam gay dak?aku pon time tulih ni rasa macam aku gay gila :|

betoi.dulu hang rapat dengan farah aku jeles,patu hg rapat ngan cheknot ka sapa tah dulu aku jeles.gilaaa ka apa (-.-)" cheknot jangan terasa pulak.aku memang suka rasa pelek2.

disebabkan jeles tu jugak,aku benci kat farah.salah satu sebab.betoi.serious ni.
hg ngan farah rapat teruk,aku rasa macam terpinggir gila.patu satu hari aku pi kawan ngan geng-geng zainab,najwa dan lain lain patu dok cita kat depa apa semua.patu depa pon tak mau kawan dengan aida.
hahahhaa jahat dak aku (T_T)

time tu memang gaduh paling teruk,xleh blah gila ingat balik.tapi yang aku ingat aku start bebai dengan hang n farah time kita duk kat meja kat block D kot,hat warna kuning tu.hampa dok bisik-bisik 2 orang patu aku tanya apa hampa xmau haabaq kat aku.ampa siap gelak2 lagi.patu aku p kat geng najwa teruih (o.o)

kita dah baik macam mana tah.tak ingat.time tu hang expert BI,ingat lagi dulu time aku darjah 2 hang cakap hg buleh baca English dah lani,mak hg duk ajaq.patu aku pon xmau mengalah cakap la aku reti jugak.sekali hang bawak keluaq buku BI hang patu hg tunjuk perkatan 'clock',aku tak reti nak sebut,aku sebut 'colk'.patu hg dok hingaq SALAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH


-----------------------------------------------------------

kita kawan rapat gila kan,sampai darjah 6 hang ngan aku tukaq kelas.aku turun kelas num 2,hg stay kelas pertama.
kita dah tak brapa rapat,lepastu kita sama sama dapat results UPSR.alhamdulillah,results kita membanggakan.lepastu kita pindah ke skolah masing masing.

kita still contact,kita msj 24jam.tiap2 hari wooo.macam kapel.ehem
pastu kalau kita tak mesej lama,mesti hang xpun aku hantaq mesej "hoi.lama tak dengaq crita"

kita contact selalu.tiap2 hujung minggu kita jumpa.


-----------------------------------------------------------

hang ingat dak harini masa 2tahun lepas?
petang tu kita mesej,lepastu kita keluar taman.time ni dah cuti sekolah.
kita cerita gelak2,memang lawak sangat.

time tu abah hg memang dah sakit.tapi mana kita nak sangka apa2 kan.
kita duk kongsi cerita,gelak gelak,
tiba tiba ja,adik hang call.

padahal rumah hang bertentangan dengan taman mainan ja pun.aku time tu duk tengok hp hg.
nampak2 kata rumah hg yg telefon terus aku bagi.

batrisyia call hg suruh balik,hang lari balik rumah.hang tak sempat cakap apa2 pon kat aku.
aku jadi macam terpinga-pinga pasaipa?tinggal aku sorang2 kat taman.lepastu aku pun balik.

sampai-sampai ja kat rumah,tiba tiba mesej masuk

" Ayah aku ! Ayah aku! "

aku jadi heran,pasepa?

"Awat jadi apa?"

"Taktau. Ayah aku jadi lembik macam mana ntah. Aku nak bagi bantal tapi mak aku dah bawak p hospital.hmmm"

lepastu aku serious taktau nak balas apa dah.aku suruh hang sabaq banyak banyak ja.

rumah aku ada ustaz datang tiap2 malam Jumaat dengan Sabtu.
so malam tu aku memang dah pakai jubah,dengan tudung.
lengkap,semua hitam.

habis tukar baju,aku tengok handphone,nampaknya mesej2 aku hang tak reply lagi.aku hantar mesej banyak,sebab macam risau kat hang.

lepastu masuk satu mesej,

"Ayah aku dah meninggal."

aku terkejut.serious terkejut.sangat-sangat sampai aku terdiam brapa saat pikir.aku jadi taktau macam mana nak comfortkan hang.hang kawan baik aku,dari tadika sampai la saat tu.serious tak tau.aku pun reply

"Innalillah.betul ka weh?"

brapa lama lepas tu hang tak reply.

lepastu aku kelam kabut pi bilik mak aku,aku jadi cuak gila.jadi macam tak tentu arah,aku cakap "Mummy,aida hantar mesej kata ayah dia dah meninggal".lepastu aku cerita semua yang jadi petang tadi.

aku macam tak percaya.lepastu Mummy aku cakap benda ni mana boleh buat main.patu mummy suruh siap2,nak pi rumah Aida.aku memang dah siap dah pun.

lepastu dalam kereta aku tengok rumah hang gelap ja,abah aku brenti kat rumah Ustad Yusuf pulak.
Ustad takda,ustazah ja ada.
lepastu abah masuk kereta,

aku tanya abah " betul ka abah?"

lepastu abah aku jawab dengan suara perlahan,abah aku cakap " ya..betul la tu.."


aku serious tak boleh tahan sebak dah.aku nangis dalam kereta.
aku rasa simpati gila kat kawan yang membesaq sama2 dengan aku,kawan yang sama-sama main kereta kuning kat rumah aku,memang rapatsangat sampai mak aku pun penah suap makan kat dia.

tambah sebak,aku terbayang macam mana ayah Aida dulu kat belakang rumah dia duk tebas lalang.aku ingat lagi,dengan pakai hat,sarung tangan warna putih.memang abah hg suka berkebun.

aku nangis2,lepastu pi Hospital Sultanah Bahiyah.
cari dekat bahagian apa ntah,dah lupa.rupa2nya dah claim dah jenazah,aku serious time tu taktau macam mana nak berdepan dengan aida lepas jadi benda ni.

lepastu aku pi rumah tok hang dekat Alor Setar.aku pun dah lupa macam mana boleh tau rumah tok hg.tak silap aku call mak hg kot.hg tutup handphone hg.

aku sampai kat rumah tok hg awal,takda sapa lagi.lepastu baru ada orang mai.aku salam tok hg,aku duduk kat tepi tangga tu.

orang-orang pakat datang semua,lepastu dah sampai masa hang datang.

mak hang masuk dulu,aku dengar mak hang peluk tok hang sambil nangis jerit "maaaa"
serious tak tahan gila weh,aku nangis tertunduk dah time tu.

lepastu adik hang masuk,adik hang salam dengan tok hang.diam ja.tapi aku nampak mata hang dan adik hang bengkak.
lepastu hang pulak salam dengan tok hang,memang diam.muka monyok.

lepastu aku salam dengan hg,hg tengok aku,hg keluar air mata hg.

hg jerit "Aifaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"


lepastu hang peluk aku.hang nangis teruk-teruk sampai sedu sedan kat bahu aku.
aku tak tahan terus peluk hang balik,aku nangis jugak.serious ni la part yang paling aku tak boleh lupa sekali,aku tengah menangis ni bila ingat balik.

lepastu tok hang mai,tok hang cakap "jangan buat macam ni,kesian kat ayah" lepastu tok hg peluk hg.
aku duduk balik dekat tangga.

.lepastu hang tunjuk tandas dekat mak aku,mak aku nak ambil wuduk.aku baca yassin,tapi biasalah aku,lambat baca.hang habis dulu dari aku.

lepastu abang hang mai,aku nampak abang hg tengah baringkan jenazah.ramai cikgu2 jugak masa tu.aku jumpa madam apa semua.abang hang ada sembang dengan mak aku,aku tengok abang hang tak menangis pon,okay ja muka.time tu aku pikiaq abang hg kuat gila,bukan sebarang orang boleh tahan benda ni.

yang ni pun aku sebak jugak,sebab alif datang kat aku.mintak handphone nak main game.aku rasa sebak sangat2 sebab dia baru 5tahun,tak tau apa lagi.dia siap cakap kat aku "Tadi abah ada lagi,sekarang dah meninggal"






Aida,
hang jangan pernah pikir hang budak malang ka apa.jangan pernah sekali.jangan biar hati hang rasa macam tu.percaya dengan-Nya.setiap ketentuan Allah itulah yang terbaik,setiap yang hidup pasti akan mati.
Percaya dengan ketentuan,qada dan qadar Allah! Sebab kita hanya meminjam,yang kekal itu Allah. Bersyukurlah pada-Nya Dia pinjamkan hang seorang ayah yang sangat baik,penyayang dan dapat berikan hang dan keluarga hang kebahagiaan.

Aku percaya hang takkan pernah fikir macam yang aku tulis tu,aku kenal hang.
terima kasih Aida,hang la kawan aku.hang salah seorang pendorong aku untuk tutup aurat aku ni.
ingat dak dulu aku tak pakai tudung pun? Syukur Allah pertemukan kita,adanya hang aku boleh la terurus sikit.

Terima kasih Aida Amalina.



Al-Fatihah.

Saturday, November 27, 2010

kedatangan haji dan hajjah ke rumah o.o!

p/s : BLOG LAMBAT GILA NAK UPLOAD GAMBAQ,SO SAPA2 NAK TENGOK GAMBAQ SILA KE FESBUK CHAYER YERRRR



sedia maklum saya telah menjadi anak tanpa kedua ibu bapa dan telah mengharungi hari-hari bersama adik-adik serta abang saya dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh oleh tok mama saya selama 46hari.

pui.ampa pkiaq bukan bukan dah pa baca intro?booo

okay,parents aku p haji masa hari last PMR,time aku paper KH (O.O)
depa datang sekolah then mummy bagi aku nasik dengan gulai abah masak and telur goreng :')
serious sedap.betoi ni!

kawan kawan duk tanya tak menangis ka? eh ehhh sapa kata tak menangis? saya menangis tapi depan Nahjihah dan Suraya saja sebab depa 2 nampak aku jumpa parents aku time tu.

dan dijadikan cerita,cepat depa pi,cepat la depa balik.sedar tak sedar dah 46hari dah pun.
selama sebulan lebih-lebih tu rumah aku ada makcik pakcik aku iaitu Kak Nadia n Abang Faris pun tidoq rumah aku for 2weeks kot?ingat dak lagi entry ni ? tu depa la.ahaha

aku ada bake satu Chocolate Cake ni resipi dari Makba aku.sedap,memang moist TAPI YANG SPOILKAN KEK AKU TU ADALAH FROSTING YANG AKU BUAT SENDIRI.HAHAHA WATA...


SAPA ADA FB DAN DAH TENGOK GAMBAR KEK AKU? eh eh tercaps lock pulak.sapa ada fb dan dah tengok gambar kek aku? sapa tak tengok lagi sila la add dan tengok :P

jadi sayew mrangkawp nanark bagie dye cantirk menawricks kaw memank daa boom! pon tukaq la chocolate kat atas tu.dan bertukar lah ia kepada!

kelik --> >http://www.facebook.com/photo.php?pid=1758104&l=9d472344ef&id=1121246881


aku pun order satu card ni HANDMADE okay,special untuk parents aku.warna dia kuning untuk favourite colour mummy and abah.thanks kak na for the beautiful card!sapa sapa nak beli?sila ke sini ya.

now aku p airport Kak Nadia hantaq,time tengah tunggu tu aku dok ready camera.padahai lambat lagi nak keluaq haha.dalam 10minit tunggu,akhirnya keluaq jugak mummy.ramai orang lain duk tunggu tok,tokwan,mak,abah pakcik makck depa.hehe,sekarang time aku pulak excited.

habis sesi peluk memeluk ehem ehem.mak aku dok sembang dengan kawan kawan dia patu abah aku dok sembang dengan geng Nivovo dia (+_+) owner Nivovo tu tegoq aku tapi aku tak cam patu aku tanya dia balik dia sapa padahai aku pon join Nivovo HAHAHA. (=___=)"

btw,Nivovo tu satu web untuk kita cari duit.nantilah aku post blog pasal Nivovo.

depa dok sembang,aku dok pikiaq bila nak bagi card ni?sekali Kak Nadia dah sampai dengan kereta,so aku pon panggil mummy walaupun kena interrupt depa sembang haha.and aku tunjuk.

so,

click--> http://www.facebook.com/photo.php?pid=1758141&l=887f809a74&id=1121246881">http://www.facebook.com/photo.php?pid=1758141&l=887f809a74&id=1121246881



:)

ehem.brenti kat Masjid Kepala Batas sat lepastu mummy and abah p buat sujud syukur.aku dengan Kak Nadia dok sembang pasal Muzium Perang,lepas aku p lawatan haritu dia pun p dengan suami dia saja 2ORANG DEPA.OMG.ahaks!

balik rumah kami makan macam2 wok! kek aku pon depa makan :P,laksa,nasik,kurma air zamzam etc

then aku call aida dia tak mandi lagi (T_T) so bla3 dia pun mai.
hazzim n tanim mai dalam 30 minit kemudian patu aku dok tangkap gambaq hazzim makan kek.nak tengok dia mati ka dak malam ni.then nawfal mai rumah.pergh.tangkap gambar jugak la.






meow.
bye

Wednesday, November 24, 2010

Sebab-sebab aku jadi penakut.

Rasanya ramai yang dah tau kata aku ni penakut,banyak jugak rasanya aku dok crita dalam blog ni pasal takut takut ni.aha
tapi dulu aku berani wo,serious tak tipu.tau dak lani aku tidoq macam mana?
aku tidoq tapi pintu bilik aku aku bukak.paham dak?AKU BUKAK PINTU BILIK AKU.sebab pa?sebab aku takut.gelap sangat.ish.takleh pi gila.

dulu masa umur 5 tahun aku dah tidur sorang,hah berani tak berani.haha acewah.
lepastu pindah datang Jitra masa umur 6 tahun,masuk tadika apa semua malam-malam pun aku tidur sorang sorang.siap tutup pintu lagi yuuuu,apa yang buat saya berani masa tu saya baca surah Qursi sebelum tidur.tah taktau sebab apa lani tak se-be-ra-ni dulu.


eh,tau la! sapa kata tak tau?
taktau taktau saya taip ja,bukan kata.


Antara sebab aku penakut adalah :

1) Kawan time aku kecik dulu yakni anak kawan baik mak aku,iaitu Aqila. (Aida hang ingat dak Aqila?) dia bawak CD Child's Play,tau dak Child's Play tu apa?

taktau p tanya Encik Google.

okay,sebelum pindah Jitra,aku tidur sebilik dengan abang aku.
tidur atas katil single bed satu katil,satu katil.
katil aku tepi dinding,katil abang aku tepi tingkap.so bertentangan.
memang aku takut,tapi apa boleh buat?
aku nak lari p bilik makpak aku depa kunci pintu (T_T)

time tu aku serious dengki gila kat Shazni sebab boleh tidur dengan parents aku.hueh hu.
memang patut la aku tabuh dia lani.padan muka.

okay sambung,makpak aku (sat sat parents,sat sat makpak,mana satu?ahaha) dulu pon dok beli jugak cerita Chucky.
gila hapa dok tengok cerita tu alalalaaaaa,comelnya patung ni dok cakap gerak gerak
"Hi,I am Chucky" lepastu senyum.
dia jalan pergi depan lepastu tengok tengok belakang rupanya takda bateri.
hahahahahahahhahahahhahaha memang wata %@%$**%&%^%^#!!!!!

habis tengok cerita tu,malam nak tidur memang aku takut gila.
serious wei.dah la gelap.penerang yang ada dalam bilik hanyalah lampu kecik,so sila bayang macam mana ya budak umur 5 tahun tidur.

lepastu aku taktahan takut sangat dah walaupun ada-orang-lain-dalam-bilik-aku-yakni-abang-aku aku lari jugak.lari pi mana? pi tidoq dengan abang aku la.aku cakap kat abang aku

"choki,adik takut"

patu zzzzzzzz tidoq berimpit dengan dia awwww :")
sayangnye abang choki ihihi

tapi dulu abang aku p delete game The Sims aku so aku xmau sayang sangat.

OKAY NAK DIJADIKAN CERITA PASEPA AKU TAKUT LANI PULAK

dulu masa Aqila tu bawak mai cd Child's Play (haha tudia start dari awai balik tu haha mana watapak pon) aku pun tengok jugak,sanggup tengok jugak sebab Aqila orang KL,jarang datang kedah :") so aku pon tengok.habis tengok Child's Play tengok Hollow Man pulak.memang cari pasal gila (T_T) Aqila ni jenis berani,so dia tak takut.aku tanya dia tak takut ka?dia kata dakpun,ni dalam cerita jaa.bukannya depa boleh keluar dari tv.okay nice Aqila (>_>)

malam tu dia tidur rumah aku,so aku okay lagi.nak dijadikan cerita tu esoknya,time dia dah balik.

aku jadi takut gila.nak tidur guna selimut pon takut sebab dok pikiaq satgi teddy bear aku mai amek gergaji mai gergaji kaki aku (O_O)

jadi walaupun saya darjah 5,saya terus jugak melarikan diri ke bilik mak aku dan tidoq kat kaki dia.haha stai dak?



tudiaaaaaaaaaaaaaa baru satu sebab dah jadi satu post! haha! nanti update len! promise!





sila bayang ini Chucky





Monday, November 22, 2010

heya bitch,I just want to say that you're only alive because it's illegal to kill you.

shit.

Sunday, November 21, 2010

tak tipu!

aku naik kereta dengan ayang aku,ada 2 kereta.
kami on the way nak p rumah tok mama kat alor star kot.
kereta kami naik 2 tu satu ekreta lagi lead kereta yang aku duk naik,warna kereta hitam.
kereta tu abang aku,shauqi naik.

tau dak simpang tiga sebelum masuk airport lama tu?
ala yang ada tepi tu helicopter,kapal terbang hiasan tu.
ha sebelum masuk yang tu la.

ok,mula mula aku duk dalam kereta.serious duduk dalamkereta.
aku duk kat seat depan,tepi ayang aku.ayang aku tu auntie aku,panggil dia ayang.
tak dak kena mengena dengan couple- couple.haha

time tu aku pandang kat luar tingkap,
aku tengok langit.
ada simbol hat pelik pelik.time ni sebelum sampai simpang tiga.kiranya macam kat masjid Kepala Batas tu,
aku duk tengok eish,apa ni?dekat langit.

awan jadi macam bentuk bulat,lepastu kat bulat tu macam air tsunami tengah turun.
aku heran,lepastu tengok la benda lain pulak.
lagi skali aku nampak awan bentuk pelik,bentuk tangan kita.

ala bentuk macam body glove tu,tapi dia jadi macam mana tah.
lepastu aku tengok langit,

kan langit kita ada yagn putih putih tu,bukan yang warna biru,yang putih tu.

awan putih tu semua macam turun nak jatuh jadi salji.serious tak tipuuuuuuuuuuuu,haa
lepastu aku jerit kat ayang aku tu




" AYANG! NI NAK ADA GEMPA BUMI NI!"



"hah? ha apa?"



shit.kreta yang abang aku tumpang tu dah kena timpa benda putih tu.



aku jerit lagi " AYANG!!!!!! CEPAT TURN BALIK!"



kami gelabah gila turn balik,serious time tu aku nak menangis dah.memang berdebar sangat sangat dah ni,tak boleh nak cerita macam mana.

lepastu kami drive kreta tu selaju yang boleh,time tu aku dah tak boleh fikir dah pasal abang aku,nak selamat diri punya pasal.hmm :'(

lepastu sampai kat rumah,memang tak boleh fikir apa dah.
serious macam 2012 woo.

lepastu aku tertidur,aku tertidur bangun bangun aku tengok langit semuaaaaaaaa putih
memang tak da langsung warna langit biru.

bila aku bangun tidur,tadi la.

lepastu aku gelabah,aku turun katil cepat cepat sampai selimut aku yang warna pink tu pon jatuh.

aku lari pergi bilik parents aku,aku tengok cermin,tengok muka aku.rambut aku jadi serabut sangat-sangat.macam ada kerinting-kerinting pon ada.
aku tak kesah,aku tengok kat tingkap.

aku nampak cikgu Faridah Othman dengan cikgu apatah sorang lagi tu.tak ingat
depa dok tengok guna telescope benda apa tah.

cikgu Faridah tengok dari tingkat 2 sekolah kita,depan bilik guru.

lepastu aku lari p bilik aku,aku tengok selimut tu depan pintu.gelabah turun tadi.

orang duk buat announcement suruh ambil pakaian tebal sebanyak mungkin,sebab kita maybe tak dapat cahaya matahari dah.

aku duk kat atas katil,peluk bantal aku kuat kuat.










lepastu aku terbangun.
semua sama,kecuali selimut tu tak jatuh.aku peluk.
aku p depan cermin,keadaan rambut lebih kurang sama.
aku tengok baju, DAMN IT. BAJU HITAM. SERIOUS TAK TIPUUUUUUU
aku tengok luar tingkap,awan macam biasa.cantik saja.tak da semua warna putih.




ish.
manada aku tipu.
ni kan mimpi.

betul la jugak tu.


manada tipu! ini serioussssssssssssssssssssssssssss

Friday, November 19, 2010

ini soalan cemus emas

satu ja.tolong la jawab.serious ni,tak main main.
kalau tak boleh jawab ikot comment,jawab ikot chat box.
please,sapa sapa yang dah baca tolong la jawab.


satu ja soalan aku.

Sepanjang aku tulis blog ni,siapa anda rasa kawan yang paling saya rapat?


hah jawab jawab! cepat jawab!

Tuesday, November 16, 2010

ini kuih raya haji

kuih?? apam pon kuih ka?? haha
ok disebabkan raya ni auntie² serta ibu bapa saya takdeee,jadi saya terpaksa buat sendiri semuanya.
eh?semua ka?dakdak.aku buat 1/8 ja.hat len tu tok aku buat.basuh kain apa smua hahaha

jadi aku pon buat la apam ni,sebab kesian dekat tok aku.takdak kuih pulak kan raya ni,
tok aku ni sebenaQnya dulu jual kuih raya.jadi ni dah raya tiba-tiba tak dak kuih aku rasa kesian pulak.
so mula-mula aku cadang nak buat kek coklat,pudding roti ataupun apam ni.
aku dok tanya adik ngan abang aku yang jarang balik dan abang aku bagi keputusan muktamad,
dia nak APAM DOT DOT ni.
sebab pa? sebab yang lain tu dah pernah rasa. haha!



this is Apam Dot Dot. Aku dapat resipi dari blog Kak Hana,memang comel sangat. Nak link ada kat sidebar.







telur dinasor O_o




nak resipi?aha.

Bahan-bahan

* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus - hana kurangkan
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

* Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
* Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


-semua resipi ni dari blog hana .



teringat mario dak (*o*)

Thursday, November 11, 2010

YA ALLAH.
jika aku tidak mendapat keputusan yang aku harapkan,kuatkanlah semangatku agar terus berusaha.

Wednesday, November 10, 2010

ini first time yu,ai naik moto tau!

ok tajuk post aku tipu.pentipuw gilew.
bukan first time,dulu aku dok naik skuter dengan abah aku time kecik.
cuma time tu tak kenal lagi apa itu erti kelajuan,apa itu erti pakai helmet,apa itu erti letak kaki betul-betul dekat tempat letak kaki dia,apa erti muka kena angin sampai tak boleh bernafas (T_T)

tapi harini memang ugh gila.aku duduk kat rumah sorang2 mcm org PANDAI. patutnya aku p skolah ada lawatan,tapi dah konon nak teman tok aku so aku pon tak pi sekolah.then auntie aku tinggal aku p tengok tok aku,dia kata dia ingatkan aku tak mau p O.O

lepastu farah mai rumah. haha nice,dia ajak p rumah madam tolong bersihkan rumah.
aku malaih.so xmau p.
tapi farah berjaya mengorat aku dengan taktik comeinya dengan nak bagi syed arif jadi boifren aku.
aku pon oke teruih.

haha oke dak.

jadi aku pon naik la motor farah yang berwarna hijau hitam




dan bayangkan kami naik




pandai betoi hangpa semua bayang kami naik.
lepastu bayang pulak kami pakai baju.
aku baju colour purple farah baju colour hitam,aku tudung putih farah tudung hitam





ishhhhh hangpa memang pandai berimaginasi!
bila nak join spongebob ni!

then masa start nak naik motor tu,aku nak pakai helmet (aku ingat macam helmet naik kuda) sekali tersangkut dengan sepit daaaaaaaa
jadi farah hat suka gelak pon gelak sampai terduduk kat depan rumah aku.
sapa penah tengok farah gelak sila bayangkan sendiri.aku xsanggup nak lukeh -_-

oke bayangkan kami naik motor pakai helmet


*lukis gambar pakai helmet*



oke bayangkan hitam-hitam depan muka tu cermin helmet.aku eksaited gila sebab buleh bukak tutup bukak tutup.macam mask rider wooooo

sampai rumah madam,aku ngan farah kena potong gambaq2 yang rosak.
potong sampai sakit pinggang O.O
tapi xpa,ikhlas tolong haha ceih tolong buat tu ja (-.-)"

anyway,aku jumpa penguin kat sana.
bukan syaqirin nah.



this is penguin.

hmph macam gedik ja.
xpa xmau la penguin.



haha patu makan kat yesmeen sebab farah hingaq dia lapaq so ok bye




gedik tak gedik takkk.nak gedik gedikkkk hihihi

Monday, November 08, 2010

ini entry bosan wa cakap lu

malam kemarin,makcik dan pakcik gua sembang sama-sama gua.
diaorang ni masih muda,umur lingkungan 20++ jadi gua tak kisah la perangai diaorang lebih kurang remaja.
yang gua panas,pakcik gua ni cerita tentang hantu.
lu orang tahu la kan gua ni penakut orangnya.
tambah pulak time tu adik gua tidoQ kat rumah tok gua.
jadi gua tidoQ sorang,lagi takot la gua kan.

yang paling panas,pakcik gua ajak gua tengok cerita hantu 'Doom' kot.
cerita hantu Thailand.
pergh.
memang terbaik.
gua tak tengok pon.

habis tu macam mana gua tau kata cerita tu terbaik?
sebab semua cerita hantu terbaik,berjaya buat gua takut.
hakhak

jadi gua duduk atas masa tu jam dah pukul bertubi-tubi,
eh eh tersilap pulak.
kadang-kadang gua pOn heran,
kenapa Bahasa Melayu ni suka guna perkataan yang sama.
apasal yang pencipta tuh tak buat perkataan baru.
yela diorang yang lain bukan tahu pOn,dah nama pOn pencipta.
bubuh la kongkang ke,hakhak
kenapa kongkang?sebab gua teringat lOngkang.
hakhak

ishh,apsal gua cakap benda lain hah..
blog punya pasal la ni..
tak apa tak apa gua sambOng balik ya.
sapa-sapa nak tau baca post ni sampai habis ya,
gua tak boleh buat macam iklan " Tunggu selepas ini!",lepastu buat muka ;D dengan tangan cekedot yoww


*bayangkan Katy Perry buat muka macam tu,sebab muka gua macam muka dia..hakhak*


naik-naik atas,gua masuk bilik.
gua kunci bilik.
gua pasang lampu terang-terang.
eh manada,gua cuma tekan suis sahaja.
gua pon online sampai pukul 4 pagi,
cakap telefon konon nak bagi tak takot

memang perghhh..
rasanya kawan-kawan gua mesti heran,
"kenapa KatPer ni tidoQ lewat?bukan dia pukui 9 dah terbabas ka?"
KatPer tu nama panggilan manja gua yang dipanggil oleh kawan-kawan gua.
sebab muka gua macam Katy Perry banyak-banyak sket katanya..

jadi,gua nak terima kasih banyak-banyak la kat makcik n pakcik gua sebab cerita..
kan gua dah dapat pecah rekod..
memang pergh...







eh..apsal dok ber-gua gua nih?
hakhak..






seriously post ni macam barbie.

Saturday, November 06, 2010

banjir,sapa kata best?

okay so ni first time aku alami banjir.
tersangat lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh rasa macam nak nangis setiap masa.
dulu aku dok pikiaq "wahhh bestnya banjir.boleh main air!"
lepastu lani rasa macam nak keriyau macam budak kecik.

habis banjir kena angkat balik meja-meja,televisyen,kerusi,sofa turun bawah balik.
haih alangkah sedihnya angkat barang-barang tanpa bantuan lelaki kacak :(
jadi konklusinya,kalau nak banjir kena ada lelaki kacak.
eh eh apa konklusi ni.
tak habis cerita lagi.

and anyway,bagi sapa-sapa yang tertanya-tanya awat aku lama sangat tak online sampai seminggu? (BETOI lama)
banjir baru 4 hari ja tapi aku tak online dari minggu lepas kerana....
jengjengjenggggggggggggggggggg

sila buat muka cuak nak tau

tok aku nak balik rumah dia nak tengok anak bongsu dia.hehuho
maka saya yang cucu yang baik p la ikut jugak.
lepastu hari isnin tu tok menakan aku datang rumah nak hantar adik aku p penang ada medical check-up,
tak palah pi hari isnin tu SAYA SANGAT SERONOK TAUUUU
TENGOK-TENGOK BALIK RUMAH HARI SELASA TU TOK SAYE TAKNAK BALIK LAGI

"AH TAKNAK TAKNAK,TANAKKKKKKKK BALIK RUMAH ADIK!"

dengan jelas tu bukan tok aku yang cakap.

makan eh maka aku pun rela la tak tidoq rumah aku p tidoq rumah tok aku jugak~~~~

ni semua banjir punya pasal.tapi takpa,redha ja la.banjir punya pasal!


dan saksikan video aku jadi wartawan untuk ABC.COM (ni aidadalila yang cakap.hehe)


HAHAHA TAK BULEH BUH.
takpalah tengok kat fesbuk aida dah la nah nahhh
nah link diewww tawww,
click sini

last sekali,
sila saksikan gambar makcik cantik




sila bunuh diri sekarang.